KENAPA YURAN GUAMAN MAHAL?

Terbaca artikel ini di SINI yang bertarikh 9 Oktober 2012 dan hati tertarik untuk berkongsi kandungannya.

Soalan: Saya membeli rumah berharga RM87,000 dengan pinjaman RM79,000. Bakinya saya bayar tunai kepada peguam yang mewakili pemilik rumah. Selepas 70 peratus urusan pembelian selesai, saya amat terkejut apabila menerima invois guaman berharga RM5,100 yang saya rasakan amat tinggi untuk rumah kos rendah. Apakah nasihat Datuk?

Sebenarnya apa yang masyarakat tidak tahu, kerjaya peguam adalah satu kerjaya profesional dan dilindungi dan dikawal oleh undang-undang, statutori yang ketat. Sebagai contoh Akta Profesion Undang-undang 1976, Perintah Saraan Peguam Cara 2005, Akta Setem 1949 dan juga Kaedah-kaedah Mahkamah 2012.

Antara faktor penentu menetapkan kadar yuran biasanya adalah berdasarkan berapa banyak kerja yang telah dibuat, faktor risiko sesebuah tugasan, kesukaran kerja dan berapa lama masa yang diambil.

Kebiasaannya peguam akan meminta bayaran pendahuluan sebelum memulakan sesuatu kerja. Anak guam adalah bebas untuk bertanya dan berbincang mengenai yuran guaman sebelum bersetuju mengupah peguam
untuk mengelakkan salah faham dan rasa tidak puas hati. Selain daripada itu, terdapat yuran guaman yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

RM 100,000 pertama - 1 %
RM 150,001 hingga RM 500,000 - 2 %
RM 100,000 pertama - 1 %
RM 150,001 hingga RM 500,000 - 2 %
RM 150,001 hingga RM 500,000 - 2 %


Dalam urusan perpindahan hak milik tanah, perkara seperti dokumen perjanjian jual-beli, urusan pindah milik tanah, Surat Kuasa Wakil adalah antara dokumen yang akan dikenakan caj mandatori oleh akta ataupun undang-undang.

Perkara ini dapat dilihat di dalam Perintah Saraan Peguam Cara 2005 Jadual Pertama Perenggan 2(a) di mana telah menetapkan skala bagi fi guaman untuk urusan jual dan pindah milik. (rujuk Carta 1)
Jadual Pertama. (Seksyen 4) Akta Setem 1949 pula :

Harga Duti Setem:
Selepas  RM 500,000 - 3 %
Majlis Peguam memainkan peranan penting di mana terdapat juga kaedah penetapan kadar yuran dan fi guaman bagi kes perpindahan hak milik tanah melalui surat pekeliling yang menjadi rujukan peguam.

Antara perkara yang selalu dijadikan isu kepada yuran guaman ini adalah berkenaan diskaun. Bagaimanapun, merujuk kepada Seksyen 6 Akta Profesion Undang-undang 1976, Perintah Saraan Peguam Cara 2005, tiada diskaun boleh diberi terhadap skala fi yang telah ditetapkan ini.

Sekiranya anak guam mengadu berkenaan kos guaman yang tinggi, ingatlah para peguam terikat dengan akta dan undang-undang tersebut dan juga membayar cukai kerajaan sebanyak 6 peratus.

Bagi fi guaman yang tidak termaktub di dalam akta, contohnya kes syariah, biasanya kadar tidak sama antara firma guaman kerana ia berdasarkan kos masing-masing.

Ia berubah-ubah bergantung kepada reputasi, pengalaman dan ketokohan seseorang peguam, begitu juga kos ‘overhead’ yang harus ditanggung seperti kos penyelidikan dan hadir ke mahkamah.

Anak guam mempunyai hak untuk meminta fi tersebut melalui mahkamah. Mahkamah mempunyai kuasa untuk menyemak keputusan yang telah dibuat mengenai kos yang tidak dipersetujui.

Pun begitu, walaupun profesion ini dilindungi undang-undang yang ketat, terdapat ahli profesional yang tidak mengikut etika.

Antara kes tersebut ialah, peguam yang gagal menasihatkan pengguna apabila berlakunya masalah rumah terbengkalai, menyeleweng duit anak guam dan lain-lain lagi.

Antara tindakan yang boleh diambil adalah dengan membuat aduan kepada badan Disiplin Majlis Peguam untuk siasatan dan tindakan lanjut diambil.

Itu untuk di Semenanjung. Bagi negeri Sabah pula, lebih kurang juga amalan dan peruntukannya.

Fi guaman di Sabah adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Saraan Peguambela 1988 atau dalam Bahasa Inggerisnya Advocates' Remuneration Rules 1988 (G.N.S 17 of 1988). Peraturan ini telah menetapkan kadar-kadar bagi setiap transaksi yang terlibat atau melibatkan peguam dan yang lebih penting ialah, tiada diskaun dibenarkan kecuali bagi 5 kategori orang atau syarikat seperti yang dinyatakan dalam Peraturan 8. Apa dia 5 kategori orang itu, anda bacalah sendiri ya.

Untuk teks penuh boleh rujuk di SINI.


Sila ambil perhatian bahawa link kepada peraturan ini hanyalah sebagai rujukan sahaja dan ia sah sehingga Oktober 2010, maka berkemungkinan terdapat pindaan-pindaan terbaru. Sila rujuk kepada pengamal-pengamal undang-undang untuk maklumat lanjut. Okay.

Update: Untuk melihat pindaan baru (tahun 2010), sila klik di SINI. Secara spesifik, untuk Advocates Remuneration Rules, rujuk mukasurat 99 bertajuk Advocates Remuneration (Amendment) Rules 2010.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

PROSIDING GARNISI

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN