PERATURAN LAMAN WEB PEGUAMBELA SABAH
Adalah menjadi amalan undang-undang mantap bahawa tiada mana-mana peguam boleh mengiklankan dirinya atau firma guamannya dalam apa jua cara, termasuk menjadi 'ulat' untuk mendapatkan pelanggan.
Namun, tahukah kita bahawa mulai 1hb Jun 2013, pengamal-pengamal undang-undang di Sabah boleh memuatnaik laman web di internet? Aku pun baru tahu ni.
Ia setelah Peraturan-Peraturan (Laman Web) Peguambela 2013 / Advocates (Website) Rules 2013 dibuat melalui perintah Hakim Besar Sabah & Sarawak.
Untuk teks penuh klik di SINI.
Memandangkan ia adalah undang-undang atau peraturan yang masih baru, ia memerlukan bacaan lanjut untuk difahami sungguhpun peraturan ini hanya mengandungi 13 perkara.
Apa yang penting ialah mewujudkan satu laman web bagi seorang peguam atau sesebuah firma guaman di Sabah, pada masa ini, dan tertakluk kepada terma dan syarat seperti dikehendaki, adalah dibenarkan.
p/s: Merry Christmas kepada semua penganut agama Kristian yang meraikan perayaan ini, terutama kepada Hakim Besar Sabah & Sarawak dan Puan Sri.
Ulasan
Catat Ulasan