APA KERJA SEORANG MAJISTRET?

Assalamualaikum,

"Dia kerja apa? Doktor? Loyar? Majistret?"

Mesti ramai yang familiar ungkapan di atas kan?

Adakah anda tahu apa kerja seorang Majistret?

Siapakah dia yang dinamakan Majistret?

Jom kita sembang sambil minum kopi O panas.

Sumber gambar di SINI

Secara ringkasnya, di Malaysia, termasuklah juga di Sabah, Majistret ialah seorang hakim daerah yang mengadili sesuatu kes samada kes sivil atau jenayah di mahkamah yang dinamakan sebagai Mahkamah Majistret. Mereka yang dilantik sebagai Majistret ini mempunyai had bidangkuasa tertentu yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

Apabila menjadi hakim, tugas Majistret ialah mendengar keterangan-keterangan saksi, meneliti bukti-bukti dikemukakan di Mahkamah, lepas itu buat keputusan sesuatu kes. Kalau kes sivil, keputusan itu adalah penghakiman Mahkamah. Kalau kes jenayah pula, samada tertuduh itu didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman atau tertuduh didapati tidak bersalah dan diperintahkan lepas dan bebas.

Apabila bersidang di Mahkamah Terbuka atau Open Court, seseorang Majistret akan duduk di kerusi di atas sorang-sorang, tanpa berteman. Tempat duduk Majistret ini dinamakan 'Bench'. Ia terletak di hadapan dan agak tinggi sedikit dari kedudukan orang lain di dalam Mahkamah.

Apabila Majistret tidak bersidang, mereka akan duduk di dalam bilik masing-masing yang juga disebut sebagai Kamar atau Chambers. Adakalanya Majistret juga akan mendengar kes di dalam Kamar, contohnya permohonan dalam kamar bagi kes sivil, kes melibatkan kanak-kanak yang tidak dapat didengar dalam Mahkamah Terbuka dan sebagainya.

Ok, cukup sekadar itu dulu. Selepas ini saya akan terangkan pula siapakah yang layak dilantik untuk menjadi seorang Majistret, apakah kuasa-kuasa yang ada pada seorang Majistret dan hal-hal yang berkaitan dengannya.

Wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN

PROSIDING GARNISI