JANGAN KACAU PEGUAM BUAT KERJA?

Kelmarin, Malay Mail Online melaporkan (dalam Bahasa Inggeris) seperti berikut:

Don’t intimidate, harass lawyers at work, Bar says after Siti Kasim charged


KUALA LUMPUR, June 29 — Lawyers must be allowed to carry out their duties without harassment or intimidation, the Malaysian Bar said today after activist lawyer Siti Kasim was charged last week for allegedly obstructing a public servant.
In a statement, Malaysian Bar president George Varughese (pic) said Siti had made it clear that she was a lawyer, and was therefore discharging her professional duty at the time of alleged offence.

“Siti Kasim was present at the function in her capacity as an advocate and solicitor for the organisers and participants of the event. She had identified herself as a lawyer, and enquired about the basis for the raid.
“As such, she was discharging her professional duties as a lawyer at the time that the alleged offence was said to have been committed,” George said.
“Any unwarranted interference with the discharge of such duties is a serious violation of the independence of the legal profession, and an affront to the administration of justice. A robust and independent legal profession is indispensable to the rule of law,” he added.
Siti Kasim was charged under Section 186 of the Penal Code on June 22 for obstructing an officer from Federal Territories Islamic Affairs Department (Jawi) during a raid at a hotel in Kuala Lumpur in April 2016.
Siti Kasim was arrested that night by Jawi officers and also police officers, despite identifying herself as a lawyer.
The raid happened during an alleged beauty pageant for transgenders held at a hotel here last year. Siti Kasim was subsequently released later that night after being briefly detained.
He also said that charge against Siti was against Principle 16 of the United Nations Basic Principle on the Role of Lawyers, which urges government to protect lawyers against intimidation and harassment.
“We urge the authorities to respect and uphold the rule of law, which includes the right of access to legal counsel who are free to perform their vital role without undue harassment or intimidation,” George said.
Siti has since taken steps to file a civil suit against the police officers and Jawi officers who had arrested her that night for wrongful detention.
Two weeks ago, the court granted her bid to have Jawi and the police to disclose the names of the officers involved in the raid, which would enable Siti Kasim’s civil suit.

NST juga melaporkan berita yang sama di SINI.

Jom kita sembang perihal peguam vs penguatkuasa undang-undang.

Pendapat aku ialah kenyataan Presiden Majlis Peguam ini tiada masalah, iaitu apabila seseorang peguam SEDANG MENJALANKAN TUGAS ATAU KERJANYA sebagai seorang peguam, ia hendaklah diberikan kebebasan daripada sebarang ancaman atau gangguan dari mana-mana pihak, hatta pegawai penguatkuasa sekalipun.

Ok, itu jelas. 

Tetapi apabila Presiden ini merujuk kepada kes spesifik (Mak)Cik Siti Kasim, ia jelas ada 'udang di sebalik batu' di situ.

Untuk pengetahuan semua, kisah Makcik Siti Kasim ini berlaku pada sekitar bulan April 2016 apabila pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyerbu satu majlis (kononnya majlis amal) yang dianjurkan oleh golongan transgender di Kuala Lumpur. Akibat serbuan tersebut, Siti Kasim telah memperkenalkan dirinya sebagai seorang peguam dan mewakili kaum transgender dalam majlis tersebut. Walau bagaimanapun, akibat perselisihan dan pergeseran yang berlaku pada malam tersebut, dia telah ditahan oleh penguatkuasa dan dibawa ke Balai Polis sebelum dia dibebaskan kemudian selepas keterangannya diambil. Berita lanjut boleh baca di SINI, SINI dan SINI.

Video berkenaan serbuan pada malam itu dan reaksi Makcik Siti Kasim boleh ditonton di SINI.

Dan akibat perbuatannya itu, Siti Kasim telah dituduh di Mahkamah Majistret KL pada 23 Jun 2017 di bawah seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas pada hari kejadian.

Berita mengenai pertuduhannya boleh dibaca di SINI pula.

Atas sebab pertuduhan inilah Presiden BAR mengeluarkan kenyataan di atas. Atas pandangan peribadi, aku tidak bersetuju dengan kenyataan Tuan Presiden ini atas alasan-alasan peribadi yang berikut:


  • Kenyataan ini sepatutnya tidak dikeluarkan oleh seseorang yang menjawat jawatan tertinggi dalam satu badan professional yang kononnya tidak memihak. Ini kerana apabila kenyataan ini dikeluarkan dan secara harfiah pun dapat difahami bahawa Majlis Peguam membela anak buahnya dan menyalahkan agensi kerajaan sedangkan kes masih belum dibicarakan dan mana-mana pihak masih belum didapati bersalah atau sebaliknya. Secara langsung kenyataan ini boleh menjurus kepada sub-judice oleh Presiden dan juga Majlis Peguam. Jadi sepatutnya kenyataan ini tidak dikeluarkan kerana ianya adalah unwanted for. Biarlah proses perbicaraan kes ini berjalan terlebih dahulu, baru kemudian kenyataan ini boleh dikeluarkan. Atau jika ingin mengeluarkan kenyataan sebegini pun, tidak perlulah merujuk kepada kes yang mana pertuduhan telah dikenakan dan perbicaraan masih belum berjalan.
  • Ketepikan seketika soal sub-judice dan merujuk kepada kenyataan ini, sepatutnya Majlis Peguam juga menjelaskan peruntukan seksyen 186 Kanun Keseksaan. Seksyen 186 Kanun Keseksaan menyatakan bahawa "Whoever voluntarily obstructs any public servant in the discharge of his public functions, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to *two years or with fine which may extend to *ten thousand ringgit or with both." Peruntukan ini jelas menunjukkan bahawa sesiapapun yang secara sengaja mengganggu mana-mana penjawat awam dari menjalankan tugas awamnya telah melakukan suatu kesalahan. Jika dilihat kepada video di atas, jelas menunjukkan bahawa terdapat halangan yang dilakukan oleh seseorang atau lebih terhadap penguatkuasa JAWI dari menjalankan tugasnya, dengan alasan meminta para penguatkuasa menunjukkan waran (tangkap atau geledah?) kepada mereka. Dalam hal ini Siti Kasim mendakwa beliau mewakili maknyah-maknya tersebut sebagai Peguambela dan Peguamcara. Hello, melihat kepada video tersebut, adakah begitu gaya seorang peguambela dan peguamcara? Malu ohh...
  • Di antara hak seorang peguambela dan penguatkuasa, selayaknya hak penguatkuasa didahulukan kerana mereka sedang menjalankan tugas hakiki mereka, iaitu melakukan serbuan ke atas sebuah majlis yang disyaki melakukan kesalahan. Apakah kesalahan itu? Memandangkan ia dibuat oleh JAWI, maka kesalahan itu semestinya di bawah bidang Jenayah Syariah iaitu lelaki yang menyamar atau berperangai seperti wanita. Pegawai penguatkuasa berhak menjalankan pemeriksaan apabila disyaki suatu kesalahan telah dilakukan. Di mana peruntukan undang-undang menyatakan bahawa pegawai penguatkuasa perlu mendapatkan waran terlebih dahulu sebelum serbuan dilakukan?
  • Dan betullah apa yang diminta oleh pegawai penguatkuasa itu bilamana mereka meminta Siti Kasim tunjukkan kepada mereka peruntukan mana yang menghendaki mereka mengemukakan waran. Sedangkan serbuan ke atas perlakuan zina atau khalwat di sesebuah rumah pun tidak memerlukan sebarang waran, inikan pula majlis yang diadakan di hotel yang mana tempat awam atau terdapat access oleh orang awam.
  • Berbalik kepada kenyataan Tuan Presiden yang merujuk kepada Perkara 16 United Nations Basic Principles on the Role of Lawyer, ya memang betul amalan guaman seorang peguam hendaklah dilindungi oleh Kerajaan apabila menjalankan tugasnya sebagai seorang peguam. Itu kehendak peruntukan ini. Tetapi apabila seorang peguam yang menghadiri majlis yang disyaki terdapat perlakuan jenayah dan kemudian memperkenalkan dirinya sebagai seorang peguam serta mengganggu tugas penjawat awam, bukankah ini dinamakan sebagai 'obstruction of justice'? Dalam undang-undang jenayah, adakah kepentingan peribadi peguam diberi keutamaan atau kepentingan awam dan penjawat awam itu sendiri? Makanya, peruntukan seksyen 186 Kanun Keseksaan itu mengatasi Prinsip 16 UNBPRL ini, kawan! Kepentingan Siti Kasim telah diatasi oleh kepentingan penjawat awam yang menjalankan tugasnya.
  • Jom buat analogi mudah. Satu majlis menghisap dadah beramai-ramai diadakan di sebuah rumah banglo mewah. Dan semua penghisap dadah ini adalah peguam bertauliah. Polis kemudian mengadakan serbuan dan semua peguam memperkenalkan diri mereka sebagai peguam. Adakah Tuan Presiden akan kata pihak polis sepatutnya memberikan kerjasama dan membiarkan 'peguam' ini menjalankan dan meneruskan tugas mereka menghisap dadah tanpa gangguan? Adakah patut semua peguam ini mempersoalkan kepada pihak polis 'mana waran?' sebelum serbuan dilakukan? Adakah kenyataan sebegitu wajar? Hak siapa yang perlu didahulukan dalam hal atau situasi ini?
  • Makanya kenyataan Tuan Presiden ini adalah uncalled for dan tidak perlu pun. Sepatutnya hentikanlah kenyataan-kenyataan double meaning ini dan straight to the point.
  • Bila ia dikeluarkan dan nampak menyebelahi satu pihak saja, dan dalam masa sama seolah-olah menyalahkan pihak JAWI, nampak atau ada bau-bau permainan politik dan keagamaan di situ. Maklumlah, mereka ini tidak sebulu dengan Islam. Sebab itu kenyataan ini dikeluarkan pada hari kelima Syawal yang mulia ini.
Ala kulli hal, sekali lagi dinyatakan bahawa kenyataan ini TIDAK SEPATUTNYA dikeluarkan, atau jika gatal sangat mau keluarkan kenyataan pun, generalize kan sahaja tanpa merujuk kepada mana-mana pihak atau kes yang sedang menanti perbicaraan di mahkamah. Niat itu baik tetapi pelaksanaannya itu ada bau busuk sikit. Semua pihak perlu dilindungi tetapi keutamaan perlu mengambil tempat dan dalam hal ini keutamaan kepada kes yang sedang atau akan dibicarakan dan kenyataan sebodoh ini sepatutnya tidak dikeluarkan oleh seorang yang professional.

Akhir kata, di hari Jumaat yang mulia pada 6 Syawal 1438H yang berbahagia ini, didoakan semoga Makcik Siti Kasim akan terbuka hatinya dan diberikan hidayah oleh ALLAH S.W.T dan berada di jalan kebenaran. Didoakan juga semoga Majlis Peguam akan dipimpin oleh mereka yang beriman dan berakal waras selaras dengan landasan Islam dan keadilan yang sebenar.

Amin.. amin.. amin.

Ada bantahan? Komen di bawah. Dipersilakan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN

PERIHAL JAMINAN MAHKAMAH

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH