BANKRAP AKIBAT HUTANG ORANG LAIN

Assalamualaikum,

Bakalpeguam banyak mendengar cerita rakan-rakan lain bagi kes kebankrapan. Kebanyakan cerita ini berkait dengan hutang orang lain yang ditanggung oleh si bankrap.

Antara senario-senario yang biasa didengar adalah sebegini.

Sumber gambar di SINI

1. Sambung loan kereta.

Sambung loan kereta ini maksudnya pemilik kereta yang masih berhutang dengan bank tetapi tidak mampu lagi untuk membayar ansuran bulanan, maka dijualnya pula kereta itu dengan pihak ketiga dan kononnya pihak ketiga itu akan sambung bayar loan dengan pihak bank. Dan lagi mengeruhkan keadaan mereka membuat satu set perjanjian hitam putih atas sambung loan ini. Hakikatnya, jikalau sesuatu kenderaan sewa beli itu masih dalam tuntutan hakmilik oleh pihak bank, buatlah perjanjian setebal manapun ia tetap tidak boleh dikuatkuasakan di Mahkamah. Malah, ia juga sebenarnya adalah satu kesalahan di bawah Akta Sewa Beli 1987. Dan lebih memburukkan keadaan, pihak ketiga itu menghilangkan diri bersama kenderaan yang disambung loan tadi. Tinggallah pemilik asal kenderaan itu menanggung hutang yang asalnya hutangnya sendiri tetapi kenderaan sudah tidak ditemui lagi. Maka, jalan terakhir adalah pemilik kereta akan diisytiharkan bankrap oleh Mahkamah atas permohonan pihak bank tadi.

Sedangkan, jalan terbaik untuk keluar dari masalah ini adalah dengan mengembalikan semula kenderaan itu kepada pihak bank jika tidak lagi mampu membayar ansuran bulanan (tetapi ini amat merugikan peminjam); atau mencari seorang pembeli yang mahu membeli kenderaan tersebut dan kedua-dua peminjam dan pembeli ini hadir semula ke bank berkenaan untuk membuat penstrukturan semula pinjaman atau membuat pinjaman baharu atas terma dan syarat yang baru seperti pinjaman pembelian kereta terpakai dan sebagainya. Banyak cara boleh dilakukan daripada mengambil jalan semudah sambung loan ini tetapi akhirnya diri sendiri yang terjerat dengan masalah hutang dan terjebak dengan masalah kebankrapan.

2. Buat pinjaman peribadi 'atas nama'.

Ini juga senario yang biasa berlaku terutama di kalangan ahli keluarga. Alasannya mungkin sebab yang memerlukan duit itu sudah membuat permohonan pinjaman dengan bank tetapi 'tidak lepas'. Jadi, terpaksalah guna nama adik beradik atau ipar duai atau anak buah dan sebagainya untuk tumpang nama, kononnya bayaran bulanan akan dibuat oleh 'peminjam tidak lepas' tadi.

Hakikatnya, jikalau seseorang itu sudah membuat permohonan pinjaman tetapi 'tidak lepas', maknanya dia tidak mempunyai status atau kedudukan kewangan yang baik, bukan? Jadi secara logiknya, macamana pula dia boleh memberikan komitmen untuk membayar ansuran bulanan hutang dengan menunggang nama orang lain? Nampak janggal, kan?

Tapi hakikatnya, demi menjaga maruah keluarga kononnya ada juga pihak yang sanggup atau mungkin juga terpaksa rela demi menjaga hubungan keluarga untuk membuat loan sebegini. Tetapi akhirnya, apabila si 'peminjam yang sebenar' gagal membuat bayaran ansuran, maka yang menanggung akibatnya adalah peminjam atas nama tadilah. Dan di akhir cerita pihak bank akan memfailkan petisyen kebankrapan bagi mendapatkan perintah kebankrapan ke atas peminjam atas nama itu.

Pinjaman ini juga termasuklah untuk pinjaman perniagaan, iaitu kononnya pinjaman amat diperlukan untuk capital atau modal tetapi kerana tiada kelayakan, jadi perlukan seseorang untuk 'ditunggang' bagi mendapatkan loan itu dan bayaran ansuran akan dijelaskan hasil daripada perusahaan perniagaan itu tadi.

JANGAN.

Ini juga amat berisiko tinggi dan yang menanggung hutang itu nanti siapa? Bank tidak peduli siapapun sebenarnya proxy atau orang lain yang menggunakan duit itu. Perundangan dan bank hanya peduli dengan nama yang ada di atas perjanjian pinjaman itu iaitu orang yang 'ditunggang' itulah.

Maknanya dalam senario kedua ini anda kena belajar untuk berkata TIDAK walaupun dengan keluarga sendiri.

Ini juga terpakai sama dalam kes menjadi penjamin pinjaman. Sebagai penjamin anda juga menanggung beban yang sama seperti peminjam sekiranya 

Jadi, sebelum berdepan dengan risiko untuk diisytiharkan bankrap akibat hutang orang lain, berfikirlah dengan sedalam-dalamnya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan jika anda berhadapan dengan senario di atas atau dikehendaki untuk berhutang untuk orang lain.

Ia akan mengelakkan anda daripada berstatus seorang muflis.

Fikir sebelum terkena.

Wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

PROSIDING GARNISI

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN