SAMAN: TERIMA ATAU TIDAK?
Assalamualaikum,
Dalam undang-undang, setiap proses yang mengkehendaki atau memerlukan anda untuk hadir ke Mahkamah samada untuk menjawab apa-apa pertuduhan atau tuntutan ataupun untuk menjadi saksi dalam mana-mana perbicaraan Mahkamah, maka anda akan menerima suatu surat atau dokumen yang dinamakan sebagai SAMAN.
Ciri-ciri saman daripada Mahkamah (selain saman trafik, saman ekor dan sebagainya yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkenaan) adalah seperti berikut:-
1. Mempunyai tarikh, masa dan tempat Mahkamah di mana anda dikehendaki hadir;
2. Ditandatangani oleh Majistret atau Pendaftar Mahkamah yang berkenaan, samada secara manual atau digital; dan,
3. Mempunyai meterai atau seal Mahkamah berkenaan, samada secara manual ataupun digital.
Bagi saman kepada saksi, ia dinamakan sebagai SUBPOENA (sebut: sapina).

Saman ini akan diserahkan kepada anda secara kediri atau secara personal, iaitu seseorang samada pihak polis, penyerah saman atau sesiapa saja yang dikehendaki oleh Mahkamah untuk menyerahkan saman itu.
Orang yang menyerahkan saman ini dinamakan process server atau penyampai proses. Ia dinamakan sebegitu kerana dokumen yang disampaikan adalah suatu dokumen rasmi iaitu melibatkan proses mahkamah. Sebab itu dia dinamakan process server.
Dari segi undang-undang, apabila anda diserahkan dengan apa jua dokumen Mahkamah termasuk saman, anda dikehendaki untuk menerima dokumen dan saman itu dengan mengakui penerimaannya dan menandatangani salinan pendua saman tersebut. Salinan pendua itu akan diserahkan semula kepada process server untuk dibuat afidavit penyampaian kelak.
Apabila anda diserahkan dengan saman itu atas sebab kesalahan yang dipertuduhkan, contohnya kes trafik, kes jenayah yang ringan (seperti menyebabkan kecederaan kecil dan sebagainya), di Mahkamah nanti anda akan disebut sebagai OKS atau Orang Kena Saman.
Ia berbeza dengan kes yang melibatkan tangkapan serta tidak melibatkan serahan saman yang mana apabila anda dituduh di Mahkamah, anda akan dikenali sebagai OKT atau Orang Kena Tuduh.

Bagaimana pula jika anda tidak mahu menerima saman tersebut atau sengaja melarikan diri daripada menerimanya?
Hmm... sebenarnya bakalpeguam sudah mendengar banyak cerita yang mana terdapat orang yang tidak mahu menerima saman yang diserahkan. Malah lebih teruk lagi, mengugut pula process server agar tidak menyerahkan saman itu kepada mereka atau kejadian buruk akan menimpa process server itu.
Orang awam perlu ingat. Ugutan berbentuk mendatangkan ketakutan kepada orang lain adalah kesalahan jenayah dan boleh dihukum penjara. Apatah lagi jikalau yang datang menghantar saman itu adalah kakitangan awam (samada pihak polis atau kakitangan Mahkamah sendiri), hukuman lebih berat bakal menanti sebab anda dianggap menghalang penjawat awam melaksanakan tugasnya.
Apabila anda didekati oleh seseorang process server, perkara pertama ialah minta dia perkenalkan dirinya. Kalau wakil peguam, boleh minta kad perniagaannya. Kalau anggota polis, minta tunjukkan kad kuasanya.
Lepas itu, minta dia terangkan apakah process yang ingin diserahkan, contohnya saman, subpoena, notis dan sebagainya.
Dan selepas dia terangkan itu, anda bolehlah semak butir-butir yang terkandung dalam salinan saman atau subpoena itu. Dan selepas membaca dan memastikannya semuanya teratur, bolehlah mengaku terima dan tandatangan salinan pendua dokumen itu.
Tidak susah, bukan?
Apa akan jadi kalau orang yang diserah tetap enggan menerima atau menandatangani dokumen pendua?
Pun tiada masalah dan kes itu pun tidak akan terjejas. Ini kerana process server boleh saja buat pengakuan melalui afidavit bahawa salinan saman atau dokumen itu telah pun diserahkan tetapi penerima enggan menurunkan tandatangannya. Maka, yang menjadi lebih susah adalah si penerima dokumen itu kerana dia sendiri yang akan terjejas jika ingkar dengan kehendak saman atau dokumen itu.
Contohnya, serahan subpoena kepada saksi. Penerima mungkin malas untuk berurusan dengan Mahkamah atau tidak mahu terlibat dengan kes Mahkamah, maka membuat keputusan untuk tidak menerima subpoena yang diserahkan. Process server tetap akan membuat afidavit bahawa dia telah berjaya berjumpa dengan penerima tetapi penerima enggan menerima dan menurunkan tandatangan. Kesannya? Kesannya adalah kes tetap akan dijalankan tetapi Mahkamah akan mengeluarkan WARAN TANGKAP ke atas penerima yang gagal hadir atau mematuhi syarat dalam subpoena itu.
Yang susah siapa? Penerima yang enggan itulah.
Macamana pula kalau penerima sengaja bertapuk untuk menghalang dari diserahkan saman atau subpoena atau lain-lain dokumen itu? Apa pula kesannya?
Yang ini pun tiada masalah kerana selain serahan secara tangan atau kediri, pihak berkenaan juga boleh memohon kepada Mahkamah untuk dibuat serahan secara ganti atau disebut sebagai substituted service. Ini bermaksud penerima dokumen itu tidak dapat ditemui atau sengaja menghilangkan diri daripada menerima dokumen yang ingin diserahkan.
Maka, pihak yang memohon boleh membuat permohonan kepada Mahkamah untuk disampaikan dokumen secara ganti. Permohonan ini akan dibuat melalui afidavit tanpa serah yang akan dibuat oleh process server iaitu bagi membuktikan bahawa si penerima tidak dapat dikesan, tidak dapat ditemui atau sengaja bertapuk.
Anda mesti pernah tengok iklan sebegini di dalam akhbar kan?
Inilah yang dinamakan sebagai penyampaian ganti.
Selepas iklan ini disiarkan, process server akan membuat satu lagi afidavit iaitu afidavit serahan yang bermaksud melalui iklan ini bermakna ia secara rasminya saman atau dokumen itu telah diserahkan kepada si penerima.
Jadi, kes itu tidak akan terjejas pun, malahan si penerima yang akan lagi terjejas kerana sudahlah enggan menerima saman atau dokumen Mahkamah, malah nama pula diiklankan dalam suratkhabar. Seluruh dunia boleh membacanya dan mengetahui berkenaan kes itu. Apatah lagi nama penuh, nombor IC dan alamat si penerima terang-terang dimasukkan dalam iklan, sedikit sebanyak boleh mendatangkan aib juga tu.
Jadi, apabila anda ingin diserah apa juga dokumen Mahkamah, samada ia adalah saman, subpoena, notis permohonan dan sebagainya, terimalah dengan hati terbuka. Dapatkan nasihat peguam selepas itu dengan kadar segera kerana anda juga tertakluk kepada tempoh had masa selepas menerima sesuatu dokumen itu. Peguam tahu apa yang perlu dibuat dan boleh menasihati anda dengan sewajarnya.
Wallahu a'lam.

Sumber gambar diambil dari SINI |
Gambar ini diambil dari iklan Daily Express bertarikh 15 Oktober 2018 mukasurat 32 |
Inilah yang dinamakan sebagai penyampaian ganti.
Selepas iklan ini disiarkan, process server akan membuat satu lagi afidavit iaitu afidavit serahan yang bermaksud melalui iklan ini bermakna ia secara rasminya saman atau dokumen itu telah diserahkan kepada si penerima.
Jadi, kes itu tidak akan terjejas pun, malahan si penerima yang akan lagi terjejas kerana sudahlah enggan menerima saman atau dokumen Mahkamah, malah nama pula diiklankan dalam suratkhabar. Seluruh dunia boleh membacanya dan mengetahui berkenaan kes itu. Apatah lagi nama penuh, nombor IC dan alamat si penerima terang-terang dimasukkan dalam iklan, sedikit sebanyak boleh mendatangkan aib juga tu.
Jadi, apabila anda ingin diserah apa juga dokumen Mahkamah, samada ia adalah saman, subpoena, notis permohonan dan sebagainya, terimalah dengan hati terbuka. Dapatkan nasihat peguam selepas itu dengan kadar segera kerana anda juga tertakluk kepada tempoh had masa selepas menerima sesuatu dokumen itu. Peguam tahu apa yang perlu dibuat dan boleh menasihati anda dengan sewajarnya.
Wallahu a'lam.
Bagaimana sekira saman dikeluarkan ke atas orang yg sudah lama meninggal dunia. Dan penyaman telah pun mengambil maklum akan kematiannya sebelum saman dikeluarkan?
BalasPadam