Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel saman

SAMAN: TERIMA ATAU TIDAK?

Imej
Assalamualaikum, Dalam undang-undang, setiap proses yang mengkehendaki atau memerlukan anda untuk hadir ke Mahkamah samada untuk menjawab apa-apa pertuduhan atau tuntutan ataupun untuk menjadi saksi dalam mana-mana perbicaraan Mahkamah, maka anda akan menerima suatu surat atau dokumen yang dinamakan sebagai SAMAN. Ciri-ciri saman daripada Mahkamah (selain saman trafik, saman ekor dan sebagainya yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkenaan) adalah seperti berikut:- 1. Mempunyai tarikh, masa dan tempat Mahkamah di mana anda dikehendaki hadir; 2. Ditandatangani oleh Majistret atau Pendaftar Mahkamah yang berkenaan, samada secara manual atau digital; dan, 3. Mempunyai meterai atau seal Mahkamah berkenaan, samada secara manual ataupun digital. Bagi saman kepada saksi, ia dinamakan sebagai SUBPOENA (sebut: sapina). Saman ini akan diserahkan kepada anda secara kediri atau secara personal, iaitu seseorang samada pihak polis, penyerah saman atau sesiapa saja yang dikeh...

MARSHAL KONVOI TIDAK BOLEH MENGHALANG LALULINTAS

Imej
Assalamualaikum, Berita dipetik dari suratkhabar Daily Express hari ini (25.9.2018) Sesiapa yang biasa memandu ada kalanya akan berdepan dengan situasi diberhentikan atau dilencongkan oleh 'marshal' tidak bertauliah ini. Hatta orang konvoi kahwin pun kadang-kadang mereka upah marshal bermotorsikal untuk mengiringi 'VIP sehari' ini. Seperti dinyatakan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), perkhidmatan marshal ini perlulah diiringi oleh pihak polis trafik sendiri. Marshal tidak bertauliah ini tiada kuasa di sisi undang-undang untuk menyuraikan atau melencongkan kenderaan lain semasa di atas jalanraya. Sekiranya anda berdepan dengan situasi ini, anda bolehlah ingkar apa juga arahan marshal ini kerana ia sebenarnya menyusahkan kita sebagai pengguna. Dan seperti dinyatakan, marshal tidak mempunyai kuasa di sisi undang-undang. Jika berlaku kemalangan? Maka marshal ini perlulah bertanggungjawab sepenuhnya atas apa juga kerosakan atau kecederaan...

SOALAN TYPICAL BUAT PEGUAM Ep. 2

S: Mengapakah saya perlu peguam untuk mewakili saya di Mahkamah? J: Kerana di Mahkamah terdapat beberapa proses perundangan yang perlu dipatuhi oleh semua orang, tidak kira pangkat atau darjat atau keturunan, mesti mengikut proses undang-undang yang sama. Dan proses ini tidak semua orang tahu kecuali peguam. Dan walaupun orang itu tahu, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat peguam yang bertauliah atau berlesen menjalankan amalan guaman kerana mereka ini dilindungi oleh insurans terhadap sebarang kecuaian profesional. Sekiranya anda mendapatkan khidmat peguam yang tidak bertauliah, maka anda tidak akan mempunyai remedi dari segi undang-undang atas apa-apa kerugian atau kecuaian yang anda alami akibat daripada gagal mematuhi mana-mana proses Mahkamah. S: Boleh berikan contoh proses itu? J: Dalam kes sivil, contoh kes-kes saman, sekiranya anda menerima writ saman, anda perlu memasukkan atau memfailkan memorandum kehadiran kepada Mahkamah. Orang awam tidak tahu apa itu memor...