TERSENTAP
Assalamualaikum, Membaca berita ini yang disiarkan oleh Kosmo Online bertarikh 3 Oktober 2018, yang diulang siar seperti di bawah: Maszlee masuk politik untuk lihat Najib jatuh NOR IDAYU BOSRO 02 Oktober 2018 11:28 PM Maszlee ketika menyampaikan syarahan sulung pada program Presidential Talk di UIAM hari ini. GOMBAK - Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengakui objektif utama pembabitan beliau dalam dunia politik adalah untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata, dia pada mulanya tidak mahu menjadi ahli politik namun memilih untuk berbuat demikian untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri itu. "Pada awal pembabitan saya dalam politik, satu-satunya cita-cita saya adalah untuk menjatuhkan Najib," katanya. Beliau berkata demikian sebagai respons kepada soalan salah seorang peserta yang juga pensyarah antarabangsa yang mahu melihat Maszlee menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti. Terdahulu, Maszlee menyampai...