GADUH-GEMPAR

Seksyen 159 Kanun Keseksaan menyatakan bahawa:

"Apabila 2 orang atau lebih, mengganggu ketenteraman awam, dengan bergaduh di tempat awam, mereka adalah dikatakan "melakukan suatu gaduh-gempar".

Seksyen 160 Kanun Keseksaan pula menyatakan bahawa:

"Barang siapa melakukan suatu gaduh-gempar hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai 6 bulan, atau dengan denda yang boleh sampai RM1,000, atau dengan kedua-duanya."

Sumber gambar di SINI

Jadi, jikalau anda didapati bergaduh, mencari gaduh atau dicari gaduh oleh seseorang di tempat awam, samada secara sengaja atau tidak sengaja, walaupun tiada kecederaan pada mana-mana pihak dan mengganggu ketenteraman awam, anda boleh didakwa atas kesalahan melakukan gaduh-gempar atau dalam bahasa orang putihnya disebut sebagai "committing affray" atau juga disebut sebagai "street fight." Tidak kiralah siapa yang memulakan pergaduhan itu dahulu, itu bukan isunya.

Hmm... Teringat pula video game "Street Fighter" selalu main di tv masa kecik dulu.

Akhir sekali, mengikut Jadual Pertama Kanun Prosedur Jenayah, kes ini adalah bersifat kes saman iaitu tidak boleh ditangkap tanpa waran, kes yang boleh dijamin tetapi tidak boleh dikompoun.

Wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

PROSIDING GARNISI

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN