PRINSIP MENJATUHKAN HUKUMAN

Assalamualaikum,

Apabila melibatkan kes jenayah, ramai yang bertanya berapakah hukuman sesuatu kesalahan itu. Apakah sebenarnya prinsip atau asas yang dipertimbangkan oleh mahkamah sebelum menjatuhkan hukuman?

Saya selalu mengatakan bahawa proses jatuh hukum itu adalah hak dan budi bicara mahkamah. Tiada sesiapapun, hatta peguam terhebat sekalipun boleh menjanjikan berapakah hukuman yang akan dikenakan ke atas seseorang, kecuali dalam sesetengah keadaan, contohnya plea bargaining.

Selain dari itu, ia boleh dikatakan hak mutlak mahkamah untuk menjatuhkan hukuman.

Dan di dalam kes di bawah ini, Hakim Hashim Yeop A. Sani telah mengatakan bahawa setiap kes adalah berbeza dari segi meritnya, dan tiada kes yang akan serupa walaupun mungkin melibatkan keadaan yang sama. Bermakna, hukuman juga boleh jadi adalah berbeza mengikut merit kes itu sendiri.


Pun begitu, mahkamah hanya boleh menjatuhkan hukuman mengikut kadaran yang ditetapkan oleh undang-undang sahaja.

Apakah kayu pengukurnya atau prinsipnya? Ia sudah diterangkan di bawah ini oleh Gopal Sri Ram yang pada masa itu Hakim Mahkamah Rayuan.


Harap membantu.

Wassalam.

Ulasan

  1. Assalamualikum.pls berikan keteranagn dn pertolongan dimna dan apakah cara untuk saya membebaskan suami saya dari jatuh hukum dari mahkamah hakim 3tahun lebih. Atas kesalahan pengguna dadah(shabu) dan tlah mengaku possitif urine pada kes 2019/7 .hakim telah menjatuhkan hukuman pada15/4/2020 penjara.sedangkan suami saya telah bersuara yang mna dia tidak akan mengunakan dadah atad sebab 1.kami telah brnikah 4/4/2020 2.suami sya tlah merasa ada tanggung jawap sebagi suami.3.suami dan saya juga tidak mempunyai pekerjaan yang tetap untk menyara kehidupan seharian

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

PROSIDING GARNISI

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN