REPORT POLIS ATAU KE HOSPITAL?

Ada seseorang bertanya kepada saya:

Saya menjadi mangsa keganasan rumahtangga. Suami memukul saya. Kalau begitu, apa perlu saya buat? Perlu ke hospital dulu atau buat report?

Sumber gambar di SINI
Jawapan saya:

Sewajarnya puan ke Balai Polis untuk membuat laporan terlebih dahulu, dan selepas pegawai polis menerima aduan puan dan seorang pegawai penyiasat dilantik, puan akan dirujuk juga ke hospital bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya dan pemeriksaan pegawai perubatan ini juga bertujuan untuk mendapatkan laporan perubatan sebagai bahan bukti.

Kecuali: jikalau tahap kecederaan yang dialami adalah parah dan mungkin boleh mengancam nyawa, maka teruslah ke hospital terlebih dahulu.

Proses selepas itu pula ialah pegawai penyiasat akan meneruskan siasatan, manakala puan pula bolehlah memohon perintah perlindungan sementara (Interim Protection Order atau IPO - bukan Interim Prime Minister ya) daripada Mahkamah Majistret. Perkara ini boleh diberitahu kepada pegawai penyiasat yang juga akan berhubung dengan Pegawai Kebajikan terdekat untuk proses dan tindakan selanjutnya.

Dengan IPO ini, sebarang kejadian keganasan rumahtangga lagi adalah menjadi kesalahan jenayah selain ia juga adalah pencabulan kepada perintah Mahkamah. Hukuman lebih berat menanti 'pengganas' rumahtangga tersebut.

Harap membantu.

Wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

PROSIDING GARNISI

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN