MEMAKAI PAKAIAN ASKAR

Sumber gambar di SINI

Seksyen 140 Kanun Keseksaan menyatakan:

"Barang siapa, yang bukannya seorang askar, kelasi atau askar udara dalam perkhidmatan tentera darat, laut atau udara Yang DiPertuan Agong, memakai apa-apa pakaian atau membawa apa-apa tanda yang menyerupai apa-apa pakaian atau tanda yang digunakan oleh seseorang askar, kelasi atau askar udara itu dengan niat supaya boleh dipercayai bahawa dia adalah seorang askar, kelasi atau askar udara itu, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai 3 bulan, atau dengan denda yang boleh sampai RM1,000, atau dengan kedua-duanya."

Peruntukan undang-undang ini bermaksud sesiapa jua, samada warganegara ini atau bukan warganegara, memakai pakaian atau membawa apa-apa tanda (contoh pangkat, lambang, epaulette dsb) yang menyerupai seorang askar dengan niat untuk orang lain mempercayai bahawa dia itu seorang askar (TDM, TLDM atau TUDM), maka dia melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah peruntukan ini.

Sumber gambar di SINI

Jadi, elakkanlah berpakaian seperti seorang askar apabila berada di tempat awam. Walaupun mungkin  anda tiada niat untuk mengelirukan orang lain, tetapi oleh kerana peruntukan ini boleh dikuatkuasakan ke atas anda dan isu niat itu adalah untuk disiasat lebih lanjut oleh pihak berkuasa, maka anda masih boleh ditangkap jika melakukan kesalahan ini.

Jadual Pertama Kanun Prosedur Jenayah memperuntukan bahawa kesalahan seksyen 140 Kanun Keseksaan ini adalah kesalahan yang boleh ditangkap tanpa waran, ia adalah suatu kes dalam kategori saman, boleh dijamin tetapi tidak boleh dikompoun.

Wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN

PERIHAL JAMINAN MAHKAMAH

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH