ANAK TIDAK SAH TARAF TIDAK BOLEH BERBINKAN BAPA

Assalamualaikum,

Hari ini, 13 Februari 2020 Mahkamah Persekutuan iaitu mahkamah tertinggi di negara ini telah membuat keputusan secara majoriti 4-3 iaitu memutuskan bahawa anak seorang Islam yang tidak sah taraf tidak boleh berbinkan bapanya.

Sumber gambar di SINI

Berita-berita ini boleh dibaca seperti di pautan-pautan di bawah:



Ini sebenarnya berita baik kerana telah memenuhi tuntutan Syariah bahawa seseorang anak yang tidak sah taraf tidak boleh berbin atau berbintikan bapa kandungnya. Dan inilah yang diterjemahkan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.

Cuma agak janggal pula apabila Mahkamah memerintahkan bahawa nama anak ini perlu kekal tanpa berbinkan Abdullah dan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara diarah untuk mengeluarkan perkataan "bin Abdullah" itu dari sijil lahir kanak-kanak tersebut.

Hmm... apapun kita berlapang dada dulu sambil menunggu alasan penghakiman penuh Mahkamah sebelum ulasan selanjutnya.

Dan paling menarik ialah terdapat 3 orang hakim yang menentang keputusan majoriti. Memandangkan kes ini adalah berkepentingan awam dan melibatkan isu perundangan penting, dijangkakan hakim-hakim menentang atau "dissenting" ini akan mengeluarkan alasan penghakiman mereka juga nanti.

Kita tunggu dan kemaskini lagi kemudian.

Wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN

PERIHAL JAMINAN MAHKAMAH

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH