MENJADI PEGUAM DI NEGERI SABAH
Untuk rekod, saya bukan peguam. Namun, untuk rekod juga saya ialah seorang bakal peguam dan telah didaftarai dalam Roll of Advocates Negeri Sabah. Saya telah diterima masuk sebagai seorang peguam di Negeri Sabah pada 8 Mei 2013. Saya tidak menjalankan amalan guaman kerana pada masa ini saya bekerja dengan kerajaan. Sebagai seorang peguam di Sabah, anda memakai 2 topi iaitu seorang peguambela dan peguamcara dalam masa yang sama. Jikalau di England, seorang peguam hanya memakai satu topi dalam satu masa iaitu sebagai barrister atau solicitor. Maknanya, di Sabah, anda boleh beramal sebagai seorang peguam pembela di Mahkamah dan dalam masa sama sebagai peguamcara yang mengendalikan hal-hal dokumentasi perundangan. Bagaimana menjadi seorang peguam di Sabah? Jom kita sembang syarat kelayakan untuk menjadi seorang peguam khususnya di negeri Sabah. Terdapat perbezaan antara Majlis Peguam di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah kerana masing-masing mempunyai ...