Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel mati

HUKUMAN MATI

Imej
Assalamualaikum, Hukuman mati masih diamalkan di Malaysia walaupun terdapat gerakan samada domestik dan antarabangsa yang meminta agar ia dimansuhkan, atas alasan melanggar hak asasi manusia. Di dunia ini terdapat negara lain yang juga masih mengamalkan hukuman mati, hatta beberapa negeri di Amerika Syarikat sekalipun masih menguatkuasakannya. Pelaksanaannya juga berbeza-beza. Di negara Arab, ia dilakukan dengan hukuman pancung di leher menggunakan pedang yang tajam. Di China, mereka menggunakan firing squad atau melalui tembakan di kepala. Di negeri-negeri Alabama, Arkansas, Florida dan selebihnya di Amerika Syarikat menggunakan kerusi elektrik. Manakala di Arizona dan California pula menggunakan kaedah sedutan gas yang mengandungi bahan kimia. Sumber di SINI Bagi negara kita Malaysia, kita masih menggunapakai kaedah hukuman gantung di leher sehingga mati. Antara kesalahan-kesalahan yang menjadikan hukuman gantung ini mandatori ialah kesalahan mengedar...

TAZKIRAH: KISAH BERPISAHNYA ROH DARI JASAD

Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur. Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda. Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tad...