SELAMAT BERSARA KETUA HAKIM NEGARA

Jumaat, 12 April 2019.

Hari terakhir perkhidmatan YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara.

Setelah 27 tahun berkhidmat sebagai Hakim, termasuk 12 tahun sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak serta 9 bulan sebagai Ketua Hakim Negara, dengan usia 66 tahun dan 6 bulan, beliau menamatkan perkhidmatan sebagai orang Nombor 1 badan Kehakiman negara.

Daily Express 13 April 2019 muka surat hadapan
Daily Express 13 April 2019 muka surat 2


Banyak rekod dipegang beliau, namun yang paling penting beliaulah anak jati Sabah yang pertama dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.

Beliau jugalah yang memperkenalkan sistem e-filing, CRT dan CMS di Mahkamah Sabah dan Sarawak, program Mahkamah Bergerak dan terbaru sistem e-review dan sistem pengundian bagi panel Mahkamah Persekutuan.

Beliau seorang hakim yang sangat tegas, berani dan berintegriti tinggi serta penuh dengan visi dan misi serta seorang yang sangat berdedikasi terhadap kerjaya.

Walaupun beliau seorang Non-Muslim, tetapi ia tidak pernah menjadi sebarang isu melainkan hanya dimainkan oleh politikus murahan. Isu ini pernah berbangkit semasa beliau mula-mula dilantik sebagai Ketua Hakim Negara bukan Muslim yang pertama dulu. Namun, semua prasangka itu terbukti hanya omong kosong populis semata-mata.

Bagi pegawai Mahkamah yang dekat dengannya, tentunya ramai yang akan terkenangkan jasa dan budi baik beliau sepanjang menjadi seorang Hakim.

Selamat Bersara Tan Sri dan semoga terus berbahagia di masa hadapan.

Au revoir!

Lagi berita mengenai persaraan beliau:





Ulasan

  1. Salam Tuan
    Ini mungkin lari tajuk sedikit, saya nak tanya
    1. Apa yg dimaksudkan dengan "denda atau penjara"?. Adakah maksudnya seseorang itu boleh memilih samada denda atau penjara?
    2. Kalau seseorang dijatuhi hukuman denda apa akan jadi kalau dia tidak mampu membayar denda itu? Kalau tidak mampu bayar denda boleh kah seseorang bayar denda tu di kemudian hari untuk membebaskanya?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

PROSIDING GARNISI

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN