PERTUDUHAN KES ROAD TAX DAN INSURAN TAMAT TEMPOH
Assalamualaikum,
Di bawah ini bakalpeguam kongsikan contoh pertuduhan bagi kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau lebih dikenali sebagai road tax dan insuran bagi pihak ketiga yang tamat tempoh.
Kesalahan mati road tax ialah di bawah Seksyen 23 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM2,000.
Bagi kesalahan insuran tamat tempoh, ia di bawah Seksyen 90 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara 3 bulan atau kedua-duanya sekali.
Sebagai tambahan bagi kesalahan Seksyen 90 (1) ini ialah mesti dihilangkan kelayakan untuk memegang atau memohon apa-apa lesen memandu tidak melebihi 12 bulan dari tarikh sabitan, melainkan Mahkamah perintahkan sebaliknya.
Bermakna, bagi kesalahan Seksyen 90 (1) ini pesalah atau Orang Kena Saman (OKS) mesti digantung lesen memandu atau tidak layak memohon lesen memandu dalam tempoh hilang kelayakannya.
Akhir sekali, kes sebegini tidak boleh dikompoun di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan atau Balai Trafik dan hendaklah diselesaikan di Mahkamah juga.
Bakalpeguam diberitahu mereka yang ada kesalahan sebegini tidak dibenarkan (black list) daripada memperbaharui lesen memandu atau road tax kenderaan atas nama OKS sehingga kes Mahkamah diselesaikan.
Wassalam.
Saya ada kes kemalangan sebegini, pesalah hanya dikenakan saman rm300 oleh balai trafik tiada tindakan lain. Jadi siapakah yang bertanggungjawab bawa kes pesalah tiada roadtax dan insurans ni ke mahkmah?
BalasPadam