UNTUK PENJAWAT AWAM BARU DILANTIK

Post diambil dari FB. Link di bawah. Info ringkas ini sangat bermanfaat. Bakalpeguam pun baru tahu. Wassalam.


Sekiranya Anda Baru Dilantik Sebagai Penjawat Awam, Kalau Nak Pilih 'Skim KWSP', Boleh Baca Ini Dulu Sebagai Panduan. 

Penjawat Awam yang pilih Skim KWSP dan  
'Bersara Wajib' apabila mencapai umur persaraan, akan terima faedah persaraan berikut:

- Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat:
- Kad Pesara Kerajaan (KWSP) :
- Kemudahan Perubatan (meliputi pesara Skim KWSP juga isteri/suami, anak-anak yang masih layak dan ibu bapa*):
- Caruman KWSP Akaun Pekerja:
- Caruman KWSP Akaun Majikan: dan
- Bantuan Mengurus Jenazah (jika mati dalam perkhidmatan atau mati dalam persaraan). 

Tiada istilah 'bersara pilihan' bagi Penjawat Awam yang memilih Skim KWSP. 

Ia dikira sebagai meletak jawatan.  

Jadi, kalau letak jawatan sebelum mencapai tarikh persaraan wajib apa akan dapat? 

Penjawat Awam yang pilih Skim KWSP hanya layak menerima caruman KWSP (akaun majikan dan akaun pekerja) sahaja. Itu sahaja. 

Tiada sebarang GCR, ganjaran ataupun kad pesara diberikan. 

Catatan * :

* berdasarkan peraturan yang sedang berkuatkuasa. 

Fikir dahulu sebelum pilih ya! 

Admin OHSEM

Link: DI SINI

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN

PROSIDING GARNISI