PROSEDUR BANDUAN MENJADI SAKSI DI MAHKAMAH
Assalamualaikum,
Hari ini bakalpeguam ditanya berkenaan prosedur seseorang banduan di dalam penjara untuk menjadi saksi dan memberikan keterangan di Mahkamah.
Ada Mahkamah yang mengeluarkan 'Order to Produce' (OTP) atau Perintah Mengemukakan kepada pihak penjara.
Sebenarnya amalan ini adalah salah dan tidak bertepatan dengan peruntukan sedia ada. Sepatutnya Mahkamah mengeluarkan waran dan bukannya perintah mengemukakan.
Baca peruntukan Seksyen 372 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) yang menyatakan bahawa:
372. Kehadiran banduan dalam kes jenayah.
(1) Apabila kehadiran mana-mana orang yang ditahan dalam penjara yang terletak di Malaysia dikehendaki dalam mana-mana Mahkamah Jenayah, Mahkamah itu bolehlah mengeluarkan waran yang dialamatkan kepada pegawai yang bertanggungjawab bagi penjara itu menghendaki supaya orang itu hadir hadapan Mahkamah dengan jagaan yang sepatutnya pada masa dan tempat yang disebutkan dalam waran itu.
(2) Pegawai yang bertanggungjawab bagi penjara itu hendaklah menyebabkan orang yang dinamakan di dalam waran itu dibawa seperti yang diarahkan itu dan hendaklah menyediakan penjagaan yang selamat semasa ketidakhadirannya dalam penjara.
(3) Tiap-tiap Mahkamah boleh melalui pengendorsan pada waran menghendaki orang yang namanya tersebut dalam waran itu dibawa ke hadapannya pada bila-bila masa apabila perkara tersebut di dalam waran itu dikehendaki ditangguhkan.
(4) Tiap-tiap waran hendaklah bermeterai dengan meterai Mahkamah dan ditandatangani oleh Pendaftar atau Majistret mengikut mana yang berkenaan.
Waran yang dimaksudkan di perenggan (1) ialah pada Borang 54 iaitu borang terakhir dalam Kanun Prosedur Jenayah seperti contoh di bawah:
Wassalam.
Ulasan
Catat Ulasan