AKTA KHUSUS MENGHINA MAHKAMAH

Bakalpeguam mengalu-alukan perundangan ini untuk digubal dengan kadar segera oleh pihak kerajaan.

Peruntukan mengenai penghinaan mahkamah atau contempt of court pada masa ini, dengan hormat, adalah sangat bercelaru dan lintang pukang. Ini kerana selain amalan common law, sebenarnya terdapat peruntukan khusus mengenai menghina mahkamah ini yang boleh dijumpai dalam banyak statut: Akta Mahkamah Kehakiman, Akta Mahkamah Rendah, Kanun Prosedur Jenayah dan Kanun Keseksaan serta mungkin perundangan lain seperti Akta Hasutan dan sebagainya.

CUMANYA,

Kesemua amalan ini tidak standard dan dalam kebanyakan keadaan tidak praktikal. Sedangkan penghinaan mahkamah yang dibuat di dalam mahkamah itu sendiri, terutamanya di Mahkamah Rendah amat sukar untuk diambil tindakan. Apatah lagi sekiranya penghinaan mahkamah itu adalah secara atas talian atau dalam media sosial yang jelas tiada peruntukan khusus kerana semua perundangan disebutkan adalah undang-undang pra-zaman siber.

Sebab itulah perlu ada perundangan khusus yang boleh dijadikan asas bagi tindak balas pihak mahkamah apabila penghinaan dilakukan. 

Ia termasuklah juga penghinaan mahkamah dari segi mencabar atau tidak mematuhi perintah mahkamah.

Siapa ingat kes arwah Adib?

Kenapa kes arwah Adib berlaku? Adalah kerana sekumpulan orang merusuh kerana isu perpindahan kuil haram. Dan dalam isu itu adalah jelas bahawa perintah mahkamah telah 'dihina' kerana tidak dipatuhi oleh pihak berkenaan. Mereka terutamanya peguam yang mewakili mereka amat berani untuk menghina perintah mahkamah itu kerana mereka amat sedar dan tahu bahawa tiada perundangan khusus yang boleh dibuat oleh mahkamah sekiranya perintahnya sendiri dihina dan tidak diambil peduli. Bukankah bagi mereka "rakyat hakim negara"?

Seandainya ada perundangan bertulis yang jelas menunjukkan apa-apa tindakan yang boleh diambil dengan kadar segera bagi menghentikan atau menidakkan suatu penghinaan, tentunya ia amat dialu-alukan oleh rakyat dan juga demi memelihara martabat dan nama baik institusi mahkamah itu sendiri.

Jadi, perkara sebegini kita sokong dan mesti dipercepatkan oleh kerajaan.

Jangan kaji lama sangat. Boleh ambil contoh yang dilaksanakan oleh negara lain seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan sebagainya. Tak kiralah mereka mengamalkan sistem perundangan apa sekalipun, janji kita memiliki perundangan khusus yang standard dan praktikal serta komprehensif dalam isu penghinaan mahkamah ini.

Wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN

PROSIDING GARNISI