PENYAMPAIAN SIJIL KEWARGANEGARAAN

Assalamualaikum,

Hari ini diberitakan bahawa Menteri Dalam Negeri, YB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin telah menyampaikan surat kelulusan kewarganegaraan dalam satu majlis di ibu negara.

Beruntunglah mereka yang berjaya mendapatkan sijil ini. Tahniah.

Sumber gambar dari Facebook

Ia adalah hadiah atau anugerah tertinggi bagi negara kepada seseorang. Harap yang berjaya mendapat taraf warganegara tu sama-samalah jaga keamanan dan kedaulatan negara ini dengan baik.

Susah sama-sama, senang sama-sama. Kita kan rakyat Malaysia.

Yang jadi persoalan pula, bagaimanakah dengan orang-orang Sabah?

Apa cerita isu sijil lahir dan taraf kewarganegaraan yang macam tiada kesudahan?

Ada yang layak jadi warganegara tapi tidak tahu sebab apa namun masih gagal untuk menguruskan pengesahan taraf saja.

Urusan taraf saja tu pun mengambil masa bertahun-tahun.

Tu belum lagi untuk mendapatkan kelulusan warganegara. Tunggu bertahun-tahun lagi.

Walhal Timbalan Menteri Dalam Negeri orang Sabah, pakciknya pula Ketua Menteri Sabah.

Bantulah mereka ini.

Kesian.

Harap kerajaan melalui campur tangan politik saja kerana kalau mengikut saluran perundangan, boleh dibuat tapi kosnya agak mahal. Apatah lagi kebanyakan rakyat yang mengalami masalah isu warganegara ini bukan dari kalangan keluarga kaya raya berbanding satu-satu kaum yang lain.

Moga ada penyelesaiannya.

Wallahu a'lam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

PROSIDING GARNISI

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN