IMM13: APA SUDAH JADI?

Assalamualaikum,

Semalam dikhabarkan orang berpusu-pusu menyerbu Pejabat Imigresen di Wisma Dang Bandang, Kota Kinabalu bagi membuat permohonan pas IMM13.

Berita lanjut dan videonya boleh diakses di SINI.

Sumber gambar di SINI dan boleh baca lebih lanjut berkenaan IMM13 di blog ini

Setahu bakalpeguam, pas IMM13 ini hanya dikeluarkan kepada mereka yang berstatus pelarian Filipina sahaja dan pada tahun 2013, pengeluaran pas ini ditangguhkan atas sebab keselamatan berikutan kejadian pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Dan dikhabarkan bahawa permohonan bagi pas ini telah dibuka semula pada 1 Oktober 2018 yang lepas, tetapi hanya untuk anak-anak pemegang pas IMM13 sahaja bagi mengelakkan mereka berstatus 'stateless'.

Akibat daripada itu, maka ramailah para pemohon ini menyerbu Pejabat Imigresen sehingga terjadi perkara tidak diingini (ada yang dilaporkan cedera juga) walaupun mungkin 90% yang menyerbu ini tidak layak pun membuat permohonan.

Dan pada hari ini, Pengarah Imigresen Negeri Sabah melalui akhbar BH Online mengumumkan bahawa permohonan daftar anak bagi IMM13 ini dihentikan dengan serta merta di Sabah dan Labuan tanpa memberikan alasannya.

Diharap kerajaan Negeri Sabah dan Jabatan Imigresen Sabah boleh memberikan penjelasan lanjut berhubung isu ini agar ia tidak menjadi modal politik atau isu kemanusiaan yang lebih memburukkan nama baik negeri ini.

Wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN

PERIHAL JAMINAN MAHKAMAH

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH