Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel immigration

IMM13: APA SUDAH JADI?

Imej
Assalamualaikum, Semalam dikhabarkan orang berpusu-pusu menyerbu Pejabat Imigresen di Wisma Dang Bandang, Kota Kinabalu bagi membuat permohonan pas IMM13. Berita lanjut dan videonya boleh diakses di SINI . Sumber gambar di SINI dan boleh baca lebih lanjut berkenaan IMM13 di blog ini Setahu bakalpeguam, pas IMM13 ini hanya dikeluarkan kepada mereka yang berstatus pelarian Filipina sahaja dan pada tahun 2013, pengeluaran pas ini ditangguhkan atas sebab keselamatan berikutan kejadian pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Dan dikhabarkan bahawa permohonan bagi pas ini telah dibuka semula pada 1 Oktober 2018 yang lepas, tetapi hanya untuk anak-anak pemegang pas IMM13 sahaja bagi mengelakkan mereka berstatus ' stateless '. Akibat daripada itu, maka ramailah para pemohon ini menyerbu Pejabat Imigresen sehingga terjadi perkara tidak diingini (ada yang dilaporkan cedera juga) walaupun mungkin 90% yang menyerbu ini tidak layak pun membuat permohonan. ...

6 BULAN PENJARA KERANA KAD PENGENALAN PALSU DAN MILIK ORANG LAIN

1. Rabu, 13 November 2013, di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor. Seramai 20 orang warga Indonesia termasuk 6 wanita yang bekerja sebagai penagwal keselamatan di negara ini, dijatuhi hukuman penjara 6 bulan kerana menggunakan kad pengenalan (MyKad) palsu dan milik orang lain sebagai pengenalan diri masing-masing. 2. Mengikut kertas pertuduhan, seramai 10 orang didakwa atas kesalahan memiliki kad pengenalan orang lain dan menggunakannya sebagai kad pengenalan untuk diri sendiri manakala selebihnya dituduh menggunakan kad pengenalan palsu yang mungkin diperolehi atau dibeli daripada sindiket atau individu yang tidak bertanggungjawab. 3. Apa yang lebih menyedihkan ialah kesemua kad pengenalan terbabit menggunakan alamat negeri SABAH. 4. Pertuduhan ke atas mereka dikemukakan mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, yang memperuntukkan seperti berikut: "(1) Any person who-        ...........        (e) without la...

Deposisi Akta Imigresen dan Merakamkan Keterangan Akta Anti Pemerdagangan Orang

1. Okay, just a quick reminder. 2. Bagi mangsa yang terlibat dalam kes-kes di bawah Akta Imigresen 1959/63 atau Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007, terdapat 2 keadaan yang berbeza bagi mahkamah untuk mengambil deposisi atau merekodkan keterangannya. 3. Bagi kes di bawah Akta Imigresen, ia digelar "deposisi" yang mana keterangan mangsa direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, dan tanpa kehadiran peguam mahupun tertuduh sendiri. Ini bermakna, deposisi berkenaan diambil tanpa pemeriksaan balas mangsa atau kredibiliti keterangan mangsa tidak dicabar. Dan akhirnya, apabila tiba perbicaraan penuh, deposisi berkenaan boleh dikemukakan kepada mahkamah dan ia seharusnya diambil sebagai keterangan prima facie daripada mangsa berkenaan. 4. Seksyen 40A Akta Imigresen menyatakan bahawa: (1) Notwithstanding anything contained in this Act and any written law to the contrary, where in any proceeding for any offence under this Act a testimony of any person in ...