ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN

Assalamualaikum,

Kecuali kepada golongan penjawat awam dan profesional, tiada dalam mana-mana undang-undang bertulis yang menyatakan bahawa orang awam yang hadir ke Mahkamah hendaklah berpakaian formal atas apa jua urusan.

Tetapi, telah menjadi peraturan Mahkamah bahawa orang yang hadir berurusan di mana-mana Mahkamah hendaklah berpakaian kemas dan sopan.

Jikalau anda gagal untuk mematuhinya, kemungkinan perkhidmatan yang anda kehendaki tidak akan diberikan sehingga anda mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Adil, kan?

Sumber gambar di SINI


Jadi, sekiranya anda tahu bahawa pada hari itu anda mempunyai urusan di Mahkamah, lebih-lebih lagi jikalau anda terlibat dengan sesuatu kes dalam Mahkamah Terbuka (samada sebagai saksi, tertuduh, plaintif atau defendan) maka anda wajib memakai pakaian yang kemas, sopan dan bersesuaian.

Mahkamah bukan pasar. Jadi jangan berpakaian seperti hendak ke pasar.

Pakailah baju kemeja berkolar bagi lelaki. Kalau baju berlengan panjang, jangan dilipat lengannya. Butangkan semua yang ada kecuali di paras leher melainkan anda memakai tali leher. Baru nampak kemas.

Seluar pula kalaupun pakai seluar jeans pastikan ia kemas dan bersih. Janganlah pakai jeans yang lusuh. Paling ngam jikalau anda pakai seluar slack hitam. Lagi sesuai. Bukannya anda kena pakai hari-hari, kan. Satu hari tu saja.

Samada anda lelaki atau perempuan, jangan pakai selipar walau apa jenis sekalipun! Pakailah kasut yang sesuai. Kasut sukan pun sekira boleh elakkan sebab nama pun kasut sukan, Mahkamah bukannya stadium atau gymnasium kan.

Bagi perempuan, pakailah yang bersesuaian dan sopan, yang penting jangan sampai mencolok mata. Kalau pakai skirt, mestilah di bawah paras lutut ya.

"Ala, peguam pun pakai seksi-seksi, boleh pula?"

Yang itu biasanya akan diberikan teguran juga oleh Pendaftar Mahkamah atau Hakim, jadi jangan risau.

Jikalau anda terlibat dengan kes jenayah atau saman trafik contohnya, ketrampilan yang bersih dan sopan boleh menjadi merit juga sebab Hakim dan Majistret ini kan manusia, tentulah mereka sukakan kebersihan dan ketrampilan orang-orang yang berhadapan dengannya.

Tidak percaya? Anda boleh cuba sendiri.

Wassalam.

Ulasan

  1. Aslkum bakal peguam .. saya nak tanye.. tertuduh dikenakan hukuman dibawah seksyen 506 dimana ugut dan menakutkan mangsa dgn senjata akan tetapi tiada kecederaan ringan maupun berat .. beliau dikenakan hukuman penjara 2tahun dan wang jaminan sebanyak 5000 akan tetapi beliau tidak dtg bersama peguam dan tertuduh meminta wang jaminan dikurangkan kepada 2000 dan diterima oleh pihak mahkamah.. tapi pihak mangsa telah menarik balik kes tersebut.. tertuduh pula tetap dikenakan hukuman penjara 2 tahun walaupun kes sudah ditarik ke ataupun cuma 6 bulan ??????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi bakal peguam beliau akan dibicarakan sekali lagiii.. untuk tentukan hukumannnya... rasa rasa hukumannya mcm mne ?? Sbb mangsa sah tarik balik report tu .

      Padam
  2. Assalamualaikum, saya nak tanya.. adakah purdah dibenarkan pakai oleh peguam di mahkamah?

    BalasPadam
  3. aslmlkum.cuma nak tnya baju mesti kena tuck-in ka masuk mkmh?

    BalasPadam
  4. tumpang tanya kalau ke mahkamah untuk urusan akuan bekanun pakai pakaian apa sesuai.??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cukup sekadar berpakaian sopan dan berkasut saja tuan.

      Padam
  5. boleh kah saya memakai t shirt berkolar dengan seluar jeans untuk urusan penjamin bagi kesalahan adek saya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PERIHAL JAMINAN MAHKAMAH

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH