Mahkamah Koroner

1. Sekarang ini timbul balik isu penubuhan Mahkamah Koroner secara tetap di Malaysia.

2. Ini berikutan terjadinya lagi isu kematian tahanan dalam lokap pihak polis.

3. Sebenarnya isu ini isu lapuk. Penubuhan Mahkamah Koroner secara tetap sudah lama dilaungkan namun kerajaan tidak mengambil apa-apa tindakan proaktif.

4. Kerajaan hanya mengharapkan Majistret yang sememangnya sudah dibebani dengan tugas-tugas hakiki yang lebih berat dan mencabar ketika ini.

5. Apatah lagi dengan pindaan bidangkuasa Majistret baru-baru ini yang menaikkan had tuntutan kes-kes sivil kepada RM250,000, kalau tidak silap.

6. Mengikut Kanun Prosedur Jenayah, apabila berlaku kematian seseorang tahanan, samada di dalam lokap, atau penjara, atau ketika tahanan itu berada atau menerima rawatan di hospital, secara serta merta atau dalam tempoh munasabah, kematian itu mestilah dilaporkan kepada seorang Majistret Kelas Pertama yang terdekat.

7. Dan selepas menerima laporan tersebut, Majistret berkenaan mesti melihat mayat tersebut dan membuat pengesahan akan kematian berkenaan.

8. Dan setelah itu, Majistret berkenaan hendaklah menjalankan suatu inkuiri bagi menentukan samada kematian itu mempunyai unsur jenayah atau foul play atau kematian secara mengejut atau secara semulajadi.

9. Selepas inkuiri dibuat, iaitu dengan memanggil saksi-saksi yang terlibat dalam kes berkenaan, Majistret itu hendaklah mencapai satu keputusan atau verdict yang kemudiannya hendaklah dilaporkan kepada Pendakwaraya atau Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya.

10. Sekiranya terdapat unsur jenayah atas kematian tahanan itu, maka pihak Pendakwaraya boleh mengambil tindakan selanjutnya termasuk mengemukakan pertuduhan terhadap mana-mana anggota polis yang menyebabkan kematian berkenaan.

11. Walau apapun, aku menyokong penubuhan Mahkamah Koroner secara tetap ini. Namun, mekanisme pelaksanaannya harus dikaji dengan lebih mendalam kerana bukan setiap hari ada kematian dalam tahanan berlaku.

12. Mungkin, mekanisme Hakim Mahkamah Sesyen Rasuah boleh digunapakai, iaitu melantik seorang Majistret Kanan setiap negeri yang bersidang secara tetap di dalam Mahkamah Koroner secara mobile atau bergerak ke serata daerah dalam negeri berkenaan.

Wassalam.

Ulasan

  1. Boleh terangkan secara simple APA itu mahkamah koroner untuk masyarakat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Secara ringkas Mahkamah Koroner adalah suatu mahkamah yang menjalankan siasatan ke atas kematian yang meragukan atau tidak diketahui puncanya. Siasatan kematian ini dikenali sebagai inkues. Dalam mahkamah ini tiada perbicaraan, tiada sesiapa yang dituduh dan tiada sesiapa yang dihakimi. Hakim yang bersidang dalam mahkamah ini dikenali sebagai Koroner, akan membuat siasatan terhadap kematian seseorang itu sambil dibantu oleh Pendakwaraya sebagai pegawai pengendali inkues. Koroner akan mendengar keterangan saksi-saksi yang tahu tentang kematian dan akhirnya akan membuat keputusan samada punca kematian itu adalah akibat kemalangan, berunsurkan jenayah atau keputusan terbuka (tidak diketahui sebab kematian).

      Padam
    2. Siapa yang berkuasa melantik koroner dan pasukan inkues tu?

      Padam
    3. Pelantikan koroner adalah sama dengan pelantikan seorang Hakim Mahkamah Sesyen iaitu merujuk Seksyen 59 (3) Akta Mahkamah Rendah 1948 iaitu seorang Hakim Mahkamah Sesyen dilantik oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong atas syor Hakim Besar, dan Seksyen 60 Akta yang sama menyatakan bahawa tiada mana-mana orang boleh dilantik sebagai Hakim Mahkamah Sesyen melainkan dia adalah anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Persekutuan. Pasukan inkues pula adalah terdiri daripada Timbalan Pendakwaraya yang terdiri dari pegawai-pegawai Perundangan Jabatan Peguam Negara yang dilantik oleh Suruhanjaya Kehakiman dan Perundangan.

      Padam
  2. Boleh Tuan terangkan serba sedikit jenis mahkamah yang terdapat di malaysia dan jenis kes yang dibicara oleh setiap mahkamah..ataupun Tuan buat 1 laman mengenai court..seronok baca ilmu yang Tuan kongsikan..terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah, ada masa nanti saya akan buat entri berkenaan jenis kes dan mahkamah di Malaysia. Terima kasih kerana sudi melayari blog ini.

      Padam
  3. Bidangkuasa Majistret sehingga RM100K Tuan/Puan Majistret

    BalasPadam
  4. Boleh tuan/ puan menerang peruntukan undang2 mengenai penubuhan mahkamah koroner?
    Terima kasih

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN

PERIHAL JAMINAN MAHKAMAH

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH