Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel coroner

MAHKAMAH KORONER SIRI 2

Imej
Assalamualaikum, Ada dikalangan pembaca yang bertanyakan soalan ini di ruangan komen: "Boleh tuan/ puan menerang peruntukan undang2 mengenai penubuhan mahkamah koroner? Terima kasih" Soalan yang baik dan perlukan satu posting untuk menjelaskannya. Siri 1 saya telah bincang secara terlalu santai pada tahun 2013 dahulu. Anda boleh layari blog ini untuk membacanya. Menurut Kamus Dewan Bahasa versi atas talian, " koroner " bermaksud "(koronér) pegawai awam yang menyiasat kes kematian mengejut (secara luar biasa) yang puncanya disyaki ada kaitan dengan kes jenayah.  (Kamus Dewan Edisi Keempat) ".   Mahkamah Koroner sebenarnya wujud dari punca kuasa Bahagian VIII Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) [disingkatkan selepas ini sebagai "KPJ"] bertajuk "PROSIDING KHAS" di bawah Bab XXXII bertajuk "SIASATAN KEMATIAN". Bab 32 ini mempunyai 15 Seksyen, bermula dari Seksyen 328 sehingga 341A. Di dalam KPJ, ia sebenarnya tidak menyatakan secara...

Mahkamah Koroner

1. Sekarang ini timbul balik isu penubuhan Mahkamah Koroner secara tetap di Malaysia. 2. Ini berikutan terjadinya lagi isu kematian tahanan dalam lokap pihak polis. 3. Sebenarnya isu ini isu lapuk. Penubuhan Mahkamah Koroner secara tetap sudah lama dilaungkan namun kerajaan tidak mengambil apa-apa tindakan proaktif. 4. Kerajaan hanya mengharapkan Majistret yang sememangnya sudah dibebani dengan tugas-tugas hakiki yang lebih berat dan mencabar ketika ini. 5. Apatah lagi dengan pindaan bidangkuasa Majistret baru-baru ini yang menaikkan had tuntutan kes-kes sivil kepada RM250,000, kalau tidak silap. 6. Mengikut Kanun Prosedur Jenayah, apabila berlaku kematian seseorang tahanan, samada di dalam lokap, atau penjara, atau ketika tahanan itu berada atau menerima rawatan di hospital, secara serta merta atau dalam tempoh munasabah, kematian itu mestilah dilaporkan kepada seorang Majistret Kelas Pertama yang terdekat. 7. Dan selepas menerima laporan tersebut, Majistret berkenaan mesti melihat ma...