Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel jabatan pendaftaran

DILEMA WARGA TANPA NEGARA DI SABAH

Imej
Stateless. Sumber di SINI Taraf yang diberikan kepada mereka yang lahir di Sabah tetapi tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Begitulah keadaan hidup mereka. Kebanyakan hidup miskin, tinggal di kawasan setinggan, tiada pekerjaan kerana kalau keluar bekerja perlukan dokumen (sekurang-kurangnya IC merah!). Tidak tahan dengan cabaran hidup tanpa dokumen, ramai yang menjadikan kegiatan jenayah sebagai pekerjaan atau melepaskan geram. Ada yang ambil syabu, menjual syabu, mencuri, merompak. Tetapi sekurang-kurangnya, kaum Palauh yang hidup meminta-minta hatta di tengah jalanraya panas terik tidak pula kedengaran melakukan kegiatan merompak ini. Ramai juga yang tidak melakukan kegiatan jenayah tetapi akhirnya ditangkap Polis, ditangkap Imigresen. Akhirnya, dibawa dan dituduh di Mahkamah kerana 'masuk ke negeri Sabah tanpa memiliki dokumen' dan kesalahan dibawah Akta Imigresen, walhal mereka tidak masu...

6 BULAN PENJARA KERANA KAD PENGENALAN PALSU DAN MILIK ORANG LAIN

1. Rabu, 13 November 2013, di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor. Seramai 20 orang warga Indonesia termasuk 6 wanita yang bekerja sebagai penagwal keselamatan di negara ini, dijatuhi hukuman penjara 6 bulan kerana menggunakan kad pengenalan (MyKad) palsu dan milik orang lain sebagai pengenalan diri masing-masing. 2. Mengikut kertas pertuduhan, seramai 10 orang didakwa atas kesalahan memiliki kad pengenalan orang lain dan menggunakannya sebagai kad pengenalan untuk diri sendiri manakala selebihnya dituduh menggunakan kad pengenalan palsu yang mungkin diperolehi atau dibeli daripada sindiket atau individu yang tidak bertanggungjawab. 3. Apa yang lebih menyedihkan ialah kesemua kad pengenalan terbabit menggunakan alamat negeri SABAH. 4. Pertuduhan ke atas mereka dikemukakan mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, yang memperuntukkan seperti berikut: "(1) Any person who-        ...........        (e) without la...

Lagi Tentang Daftar Lewat Sijil Lahir: Soal Jawab (Bhgn. 1)

1. Anda atau anak anda lahir di Sabah? Cuba semak balik sijil lahir anda atau anak samada tertera perkataan "Daftar Lewat Kelahiran" atau "Daftar Lewat" atau "Late Registration" di muka hadapan (samada di sebelah atas atau bawah sijil lahir berkenaan). 2. Sekiranya ada, dan anda masih belum membuat kad pengenalan, anda akan dibelenggu masalah untuk mendapatkan pengesahan dari Majistret Kelas Pertama terlebih dahulu sebelum sebarang permohonan kad pengenalan dapat diproses oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara. 3. Kenapa perlu pengesahan? Kerana sijil lahir anda atau anak anda telah didaftarkan di luar tempoh masa yang ditetapkan oleh undang-undang Negeri Sabah iaitu dalam tempoh 42 hari selepas kelahiran itu berlaku. Butir-butir kelahiran yang terdapat dalam sijil lahir itu seperti nama, nama bapa, nama ibu, tarikh kelahiran, tempat kelahiran, bangsa dan sebagainya perlu disahkan bahawa ia adalah tepat dan betul serta dimiliki oleh pembawa sijil lahir itu....

Daftar Lewat Sijil Lahir Di Negeri Sabah

1. Semua orang tahu bahawa telah ditubuhkan satu Suruhanjaya khas bagi menyiasat dan mencari penyelesaian mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah. 2. Masalah pendatang asing tanpa izin ini ibarat semut yang susah untuk dimusnahkan. Ia berkait rapat dengan sejarah, geografi serta sosio ekonomi masyarakat setempat dan negara-negara berjiran. Perkara ini sudah terlalu lama dibiarkan hatta kuasa politik sekalipun amat sukar untuk membendung masalah ini. 3. Salah satu perkara unik yang ada dalam undang-undang negeri Sabah ialah daftar lewat sijil lahir yang terkandung di bawah Ordinan Kelahiran dan Kematian 1951 (Chap. 123). Ordinan ini adalah undang-undang zaman British yang saya kira sudah terlalu lapuk dan tidak relevan lagi. 4. Ini kerana ia memberikan satu beban yang amat berat untuk ditanggung oleh Mahkamah terutamanya seorang Majistret yang bertugas di Sabah. 5. Bagi kes-kes kelahiran yang lewat didaftarkan, iaitu melebihi 42 hari selepas kelahiran seseorang, sebelum pihak Jabat...