CERITA PENCEN

Assalamualaikum,

Post dibawah ialah post dari FB rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen). Posting-posting dalam laman FB ini sangat bermanfaat bagi penjawat-penjawat awam bertaraf tetap dan berpencen. Banyak isu yang dibincang dengan ayat yang santai dan mudah difahami.

Link di bawah.

Selamat membaca.
____________________________________________
Layak Bersara, Tak Semestinya Layak Dah Terima Pencen Bulanan Mulai Tarikh Bersara.

Ramai yang suka tanya dua soalan 'fofular' ini.

Sama ada,

1. Apakah syarat asas melayakkan seseorang itu bersara dan bergelar pesara? (Terima Kad Pesara)

Atau

2. Apakah syarat asas yang apabila bersara, terus 'layak terima' pencen bulanan?

Ok macam ni.

Syarat layak bersara pilihan adalah 'sekurang-kurangnya telah berkhidmat 10' tahun. 10 tahun mulai dari tarikh lantikan tetap / sementara hingga tarikh sehari sebelum bersara.

Apa yang layak diterima masa tu ialah Ganjaran Perkhidmatan dan CGR (kalau ada kumpul lah)

Dan... Paaling penting...

usia perlulah 'sekurang-kurangnya 40 tahun'.

Manakala, tentang syarat layak terima pencen bulanan pula, ikut tarikh lantikan.

Tarikh 'keramat' ini, kena ingat iaitu 12.4.1991.

Bagi lantikan selepas tarikh itu, pencen bulanan layak diterima pada usia 55 tahun. Lelaki atau wanita.

Manakala bagi lantikan sebelum tarikh itu, pencen bulanan layak diterima pada usia 45 tahun bagi wanita dan 50 tahun bagi lelaki.

Ganjaran dan GCR pula, 'sure' lah dapat pada masa usia dia bersara pilihan tu.

Ok, dah 'clear', sila sampaikan kepada yang lain -lain yer. 

'Kholass'

Yang OHSEM,
Admin

P/S : Baca perlahan² dan penuh perasaan tau, baru faham 😂

Link DI SINI

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN

PERIHAL JAMINAN MAHKAMAH

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH