JANGANLAH TERUS TERTIPU
Assalamualaikum,
Membaca berita di bawah tidak disangka masih ada lagi orang tertipu sebegini.
Berita penuh boleh dibaca di SINI
Suka bakalpeguam nasihatkan pembaca yang budiman agar sentiasa berhati-hati dengan penipuan sebegini.
Perbuatan ini bukan sahaja mendatangkan kerugian, malah ia akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap sistem perundangan dan kehakiman negara kita.
Pegawai undang-undang Jabatan Peguam Negara yang memegang jawatan Timbalan Pendakwaraya (TPR) yang jujur dan amanah tidak sesekali akan melakukan perbuatan sebegini. Malangnya, perbuatan ini dilakukan oleh orang yang menyamar sebagai seorang TPR. Selayaknya orang yang melakukan kesalahan ini dijatuhkan hukuman yang sangat berat sekiranya disabitkan oleh Mahkamah kelak.
Kepada orang awam yang didatangi oleh orang sebegini kononnya boleh membantu mana-mana OKT dalam kes mereka, bolehlah menyemak atau memohon pengesahan terus kepada Jabatan Peguam Negara melalui laman web mereka di SINI.
Atau, sebaiknya terus saja laporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melalui laman web mereka di SINI kerana sekiranya yang melakukan perkara ini adalah seorang TPR yang sah, maka perbuatan ini adalah suatu perbuatan rasuah. TPR tidak sesekali boleh menerima apa jua wang atau ganjaran daripada orang awam.
Andai pelakunya pula seorang yang benar-benar menyamar sebagai TPR, maka siasatan dan tindakan pihak polis akan dibuat berdasarkan peruntukan Kanun Keseksaan atau mana-mana undang-undang lain yang bersesuaian.
Akhir kata, janganlah terus tertipu lagi wahai rakyat Malaysia!
Wassalam.
Ulasan
Catat Ulasan