BUKU YANG SESUAI UNTUK BELAJAR UNDANG-UNDANG

Assalamualaikum,

Baru-baru ini ada dikalangan pembaca budiman yang meninggalkan komen di bawah:

"Sy berminat nk pelajari undang2. Utk ilmu diri dan keluarga. Dan sy tiada kekuatan utk belajar secara lebih mendalam mungkin cukup sekadar membaca. Saudara n saudari disini boleh ka bagi cadangan utk sy memilih buku yg sesuai utk sy baca dan pelajari serba ringkas? Ada cadangan jenis buku apa? Tkasih 🙏"

Pertama sekali, tahniah kerana saudara/i berminat untuk mempelajari ilmu perundangan. Bidang yang amat mencabar dan penuh dengan liku.

Sebenarnya ada banyak buku yang boleh dijadikan bahan bacaan untuk mempelajari selok belok ilmu perundangan. Saya sendiri ada beberapa koleksi buku seperti "To Be Or Not To Be A Lawyer", "The Practice of Law (Singapore)" dan lain-lain. Buku-buku ini ditulis dengan santai dan berdasarkan pengalaman sebenar penulis-penulis dari saat belajar undang-undang sehinggalah berkerjaya sebagai peguam, pegawai undang-undang dan sebagainya.


 

Malangnya, kebanyakan buku ini adalah dalam versi Bahasa Inggeris. Agak sukar kita menemukan buku ditulis dalam Bahasa Melayu. Mujurlah dalam era zaman IT ini kita boleh mencari dan berjumpa dengan blog-blog peguam yang ditulis dalam bahasa Melayu. Hanya Google kan saja.

Sebagai tambahan, oleh kerana saya juga baru menerima naskah buku ini, maka saya kongsikan di sini sebuah buku baharu yang masih segar lagi iaitu "Peguam Kriminal".



 

Saya baru saja menerimanya hari ini dan sudah membaca sehingga halaman 15, namun terus terang saya katakan buku ini amat bagus penulisannya dengan cara yang amat santai sekali. Buku ditulis berdasarkan pengalaman hidup sebenar penulis sebagai seorang peguam yang memfokuskan kes-kes jenayah di Mahkamah.

Kepada anda yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perundangan, buku ini sangat bagus sebagai starting point kerana penulis juga berkongsi pengalamannya semasa belajar di Universiti Islam Antarabangsa dan teknik belajar semasa mengambil Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang sehinggalah di alam kerjaya beliau, pahit manis asam garam yang beliau hadapi sepanjang perjalanan itu.

Untuk tempahan atau maklumat lanjut, bolehlah layari blog beliau di loyarberjurus.blogspot.com.

Saya juga sudah lama mengikuti blog beliau ini sebagai silent reader. Malah, banyak juga ilmu kepeguaman jenayah yang boleh dipelajari dan diperolehi dari blog beliau. Hanya Allah yang mampu membalas sumbang bakti ilmu yang dikongsikan.

Saya pula tidak promosikan buku ini melainkan hanya berkongsi ilmu dan pengetahuan sahaja dengan pembaca blog bakalpeguam yang saya kasihi.

Wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN

PERIHAL JAMINAN MAHKAMAH

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH