Venus Transit
Venus transit atau transit planet Zuhrah dapat disaksikan oleh penduduk dunia hatta di negeri Sabah ini pada 6 Jun 2012 bermula seawal matahari pagi terbit. Ia fenomena ciptaan Allah s.w.t yang sangat berguna buat manusia untuk mengkaji dan menghayati kebesaran-Nya. Kali terakhir transit yang boleh dilihat daripada Bumi ini berlaku pada 8 Jun 2004 dan selepas ini, umat manusia akan hanya dapat menyaksikan lagi kejadian ini pada tahun 2117. Ya, diulang, pada tahun 2117 iaitu hampir 105 tahun kemudian!
Sedikit info berkenaan planet Zuhrah bersumberkan dari Wikipedia
Zuhrah atau 'Venus' atau 'Kejora' adalah planet kedua terdekat kepada Matahari, mengorbitnya pada setiap 224.7 hari bumi. Nama Zuhrah ini diambil daripada bahasa Arab bermaksud bunga kerana bentuknya pada waktu pagi atau pada waktu senja seakan-akan bunga, tetapi jika dirujuk pada nama bahasa inggeris, planet ini dinamakan bersempena Venus, Tuhan cinta Rom. Ia merupakan objek semulajadi yang paling terang di waktu malam, kecuali Bulan, mencapai magnitud kecerahan −4.6. Oleh kerana Zuhrah merupakanplanet inferior dari Bumi, ia tidak pernah muncul jauh daripada Matahari: Kelonjongannya mencapai maksimum sebanyak 47.8°. Zuhrah mencapai kecerahan maksimum sebelum matahari naik atau pun terbenam, disebabkan alasan tersebut ia selalunya disebut sebagai Bintang Pagi atau pun Bintang Petang.
Saksikan dan hayati gambar-gambar ini bersumber dari Dailymail. Maklumat lanjut sila klik di sini.
Subhanallah!
Ulasan
Catat Ulasan