Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Allah

TAZKIRAH RINGKAS: TUHAN ITU MAHA ADIL

Dalam dunia ini tentunya masih ada orang yang masih tidak percayakan Tuhan. Malah, ramai juga yang tidak percaya bahawa Tuhan yang ada hanyalah ALLAH yang Maha Esa, Tuhan yang satu dan tiada lain selayaknya disembah melainkan-Nya. Ayuh kita renungkan kenapa ada orang fikir Tuhan itu tidak wujud, atau kalau pun wujud Dia tidak adil. Bayangkan kita berada dalam situasi dituduh melakukan kesalahan, walhal kita tidak melakukannya pun. Kita hanya dituduh. Dan bukti yang ada pun tidak menyebelahi kita. Jadi di mata manusia kita tetap bersalah. Adakah itu adil? Tukar situasi. Seorang gadis menjadi mangsa rogol dan dia kenali perogol itu. Namun, akibat ketiadaan saksi dan kekurangan bukti yang ada, perogol itu didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Adakah itu adil? Atau situasi sebegini. Anda membeli sebidang tanah dari seseorang kemudian tuan tanah tersebut menjualkannya kepada orang lain dan tidak membayar kembali wang anda. Anda saman dia di mahkamah namun dia...

TAZKIRAH: TAFAKUR SEBELUM TIDUR

Imej
Setiap malam sebelum kita merebahkan diri, sebelum kita melelapkan mata, sebelum diri diulit mimpi; bertafakurlah sebentar dan cuba tanya-tanyakan pada diri kita: "Apakah sudah meningkat ketaqwaanku pada hari ini? "Apakah sudah meningkat amalan kesolehanku pada hari ini? Putar dan putar kotak fikiran kita. Imbas kembali setiap gerak langkah pada sepanjang siang tadi. Bandingkan amalan semalam dengan amalan hari ini. Seandainya amalan hari ini semakin baik, itu tandanya sudah ada peningkatan taqwa dalam diri. Tidak kiralah sama ada amalan itu berkaitan dengan urusan hablumminallah (hubungan dengan Allah) atau hablumminannas (hubungan dengan manusia). Bukti ketaqwa semakin meningkat bukan pada banyaknya kerja yang kita lakukan pada hari itu tetapi kesungguhan kita di dalam melaksanakan setiap tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah S.W.T. Jika taqwa kita sudah meningkat, bererti kesolehan kita juga sudah meningkat kerana gabungan iman dan taqwa melayakkan seorang lelaki...

JUDGMENT: KES MELIBATKAN KALIMAH ALLAH DI MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA

MENTERI DALAM NEGERI & ORS v. TITULAR ROMAN CATHOLIC ARCHBISHOP  OF KUALA LUMPUR COURT OF APPEAL, PUTRAJAYA MOHAMED APANDI ALI JCA, ABDUL AZIZ RAHIM JCA, MOHD ZAWAWI SALLEH JCA [CIVIL APPEAL NO: W-01-1-2010] 14 OCTOBER 2013 ADMINISTRATIVE LAW:  Judicial review - Exercise of discretion - Exercise of discretion by Minister - Publication permit - Imposition of condition in permit - Power and function of Minister - Whether exercise of discretion reasonable - Whether valid and in accordance with law - Whether offending Wednesbury principles - Printing Presses and Publications Act 1984, ss. 6, 12, 26 - Printing Presses and Publications (Licences and Permits) Rules 1984, r. 3, First Schedule - Federal Constitution, arts. 3, 10, 11, 12 - Interpretation Acts 1948 and 1967, ss. 93, 95 ADMINISTRATIVE LAW:  Judicial review - Exercise of discretion - Exercise of discretion by Minister - Publication permit - Imposition of condition in permit - Newsletter of Catholic Church - Prohib...

Venus Transit

Imej
Venus transit atau transit planet Zuhrah dapat disaksikan oleh penduduk dunia hatta di negeri Sabah ini pada 6 Jun 2012 bermula seawal matahari pagi terbit. Ia fenomena ciptaan Allah s.w.t yang sangat berguna buat manusia untuk mengkaji dan menghayati kebesaran-Nya. Kali terakhir transit yang boleh dilihat daripada Bumi ini berlaku pada 8 Jun 2004 dan selepas ini, umat manusia akan hanya dapat menyaksikan lagi kejadian ini pada tahun 2117. Ya, diulang, pada tahun 2117 iaitu hampir 105 tahun kemudian! Sedikit info berkenaan planet Zuhrah bersumberkan dari Wikipedia Zuhrah  atau 'Venus' atau 'Kejora' adalah  planet  kedua terdekat kepada  Matahari , mengorbitnya pada setiap 224.7 hari bumi. Nama Zuhrah ini diambil daripada bahasa Arab bermaksud bunga kerana bentuknya pada waktu pagi atau pada waktu senja seakan-akan bunga, tetapi jika dirujuk pada nama bahasa inggeris, planet ini dinamakan bersempena  Venus , Tuhan cinta  Rom . Ia merupakan objek semulajadi y...