KES LAMA BOLEHKAH DIBICARAKAN?

Assalamualaikum,

Semalam blog ini menerima pertanyaan dari seorang pembaca seperti berikut:

Salam, admin.


Saya nak Tanya. Saya pernah berselisih faham(bergaduh) dengan kenalan saya  
pada Tahun 2009 Dan baru kini saya dapat tahu selepas lebih Dari 10 tahun  
Yang saya dituduh Di bawah akta seksyen 324.
Memandangkan pekara ini telah berlaku lebih 10 Tahun, saya dah tak ingat  
secara mendalam atas apa Yang telah berlaku Dan saya juga tidak membuat  
sebarang laporan polis mengenai kejadian itu.


Persoalan saya;


1-Adakah kes ini masih boleh Di bicarakan?


2-Adakah terdapat apa-apa langkah Yang boleh saya ambil untuk berdepan  
dengan tuduhan ini?


Sumber gambar di SINI.

Jawapan bakalpeguam seperti dibawah:

W'salam,


Kesalahan di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan adalah kesalahan yang agak serius dan membawa hukuman penjara 10 tahun, denda atau sebat atau dengan mana-mana 2 daripada hukuman itu. Ini bermaksud mahkamah mesti memerintahkan hukuman penjara dan denda atau sebatan, jika tidak penjara pun tetapi hukuman adalah denda dan sebatan, cuma ini amat jarang sekali berlaku kerana faktor logistik.

Untuk menjawab soalan tuan:

1) Ya, kes ini masih boleh dibicarakan kerana kes jenayah tidak mempunyai had masa.

2) Langkah-langkah yang boleh saya sarankan ialah:

i) Lantik seorang peguam.

ii) Membuat representasi kepada Pendakwaraya untuk membatalkan pertuduhan atau mengurangkan pertuduhan kepada kesalahan lebih ringan (seksyen 323 atau 334 Kanun Keseksaan).

iii) Sekiranya dapat mengurangkan pertuduhan kepada seksyen 323 atau 334 itu, bolehlah memohon kepada mahkamah untuk mengkompoun kes ini di bawah seksyen 260 Kanun Prosedur Jenayah, dengan syarat pengadu/kenalan tuan itu bersetuju untuk menyelesaikan kes ini secara kompoun.

Moga membantu.

Wassalam.

Ulasan

  1. Assalamulaikum bakal peguam.
    Sya nak bertanya berkenaan 9ke8 tahun lepas sya pernah OKT kes 329 & 420.
    Tetapi Alhamdulillah menang kedua2 kes tersebut,
    329 hakim memutuskan dekat mahkamah rendah.
    420 hakim mahkamah tinggi ( sya meminta utk rayuan ) memutuskan keputusan mahkamah rendah terhadap sya tidak logik langsung,hakim memutuskan melepaskan serta membebaskan sya.
    Soalan sya bakal peguam.
    1. Dalam kes sya ini boleh ka sya memfailkan saman sivil kepada pihak ketiga.?
    2. Dalam kes saman sivil adakah had masa sesuatu kes dri tarikh selesai perbicaraan untuk kita failkan saman sivil terhadap individu.?
    Terima kasih bakal peguam

    BalasPadam
  2. Assalammualaikumm , bolehkah dibicarakan semula kes 376 ?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN

PERIHAL JAMINAN MAHKAMAH

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH