SALAM JUMAAT PKPP
Assalamualaikum,
Minggu ke-13 tanpa Solat Jumaat berjemaah di masjid.
Sekadar berkongsi artikel dari FB Hamka Kereta Mayat. Moga bermanfaat.
Selamat rentas Negeri..
Lepas ni kita Rentas Negeri Akhirat, ada tujuh perhentian, saya ringkaskan tujuh hentian itu..
Alkisahnya, Perjalanan kita masih jauh, ada lokasi yang buatkan Osman Affan r.a menantu Nabi menangis bila melintas.
Iaitu Kubur, katanya, Kubur ni sama ada lembah Neraka atau Taman syurga..
Kemudian kita akan bangkit dari Kubur dan Rentas Telaga Nabi, waktu merentas, jika Nabi ajak minum air telaga Nabi, hilanglah dahaga buat selama-lamanya.
Tapi jika ada Malaikat buat road Block, di halaunya kita kerana atas dunia kita tak termasuk orang yang hidupkan Sunnah Nabi.., maka menjadilah kita golongan yang Nabi tak mengaku Ummat. Nauzubillah.
Dah kena halau kat Telaga Nabi, automatic kena kena pergi hentian ketiga iaitu padang masyar tempat yang penuh azab, ada kawan kita yang berenang dalam peluh, ada kawan kita kemaluannya besar dari badan sebab suka berzina, ada kawan kita yang perut besar dari badan sebab makan benda haram. Ada peremuan yang teteknya lebih besar dari badan sebab atas dunia suka tayang tetek, macam-macamlah!
Kita pulak, tak tahu apa akan jadi? Tengok dosa masing masing lah.
Masa tu dah tentu kita akan cemburu gila babi tengok Hentian mereka yang dah kenyang minum air telaga Nabi, relex duduk lepak bawah arash, pakai baju kemuliaan sedang kita bertelanjang, mereka duduk atas mimbar bercahaya sedang kita kepanasan dalam kegelapan, mereka lepak atas timbunan kasturi sedang kita sedang berenang dalam lautan nanah!
Siapa mereka tu, apa amal mereka hingga boleh duduk lokasi istimewa? Mereka antaranya adalah pemuda yang hatinya terpaut pada masjid, orang yang tidak berzina, orang yang selalu menangis takutkan Allah, orang yang iklas dalam menderma, orang yang selalu bangun malam solat tahjjud dan lain lain, ada tujuh golongan semuanya.
Aduh,, kita yang sedang kepanasan bawah terik dua belas matahari mula menyesal dulu tak nak kawan dengan geng surau.., selalu kutuk geng surau ni riak lah, apa lah, oh kembalilah kami ke dunia, sebab kami nak belajar cintakan masjid jugak…
Lepas tu hentian seterusnya adalah Mahkamah akhirat untuk ambik buku laporan kehidupan dan dibincang dosa pahala.
Mereka yang ambik dengan tangan kanan senyum gembira sebab confirm masuk syurga
Kita pulak, aduh.., tangan kiri korek perut pergi ambik walau kita dah sorok tangan tu belakang badan.
Bagi yang belum tahu, hentian ke empat ini ada tiga mahkamah, pertama untuk orang kafir lalu di bicarakan azab apa patut dapat, orang kafir yang baik akan dapat azab yang ringan, yang jahat akan dapat azab yang berat.
Mahkamah kedua pulak, untuk azab orang yang berdosa dengan Tuhan sahaja, kat sini Rahmat Allah terbuka luas, mereka yang duduk bawah Arash masuk sini.
Kita pulak, akan masuk mahkamah ke tiga, iaitu dosa dengan manusia, kat sini jika kita buat jahat kat orang, orang tu akan dapat pahala kita dan bila pahala kita dah habis tapi bilangan orang yang kita kutuk, hina, sakitkan hati masih ramai, maka kita pulak yang ambik dosa mereka, aduh…
Dah dapat dosa dan pahala masing masing maka kita semua akan ke hentian ke enam.
Iaitu Neraca Mizan untuk ditimbang dosa dan pahala, sebab ada dosa yang ringan , dan ada jugak pahala yang berat, mana tahu pahala kita yang sikit tapi berat boleh cover dosa kita yang besar tapi ringan? Mana tahu?
Dah nampak hasil timbangan, pergilah kita kehentian ke enam, rentas titian Sirat.
Siapa berjaya lepas akan masuk hentian terakhir iaitu syurga.
Siapa jatuh itulah hentian terakhirnya iaitu Neraka.
Namun Pintu Syurga dan Neraka sentiasa terbuka, dari masa ke semasa akan ada pengumuman ahli neraka yang berjaya keluar dari Neraka dan masuk Syurga.
Semoga perjalanan kita, bermula dengan taman syurga di kubur, lepas tu minum air kat telaga Nabi, lepas tu lepak bawah arash kejap, lepas tu pergi mahkamah ambik buku catatan tangan kanan, lepas tu pergi timbang pahala dan dosa, kemudian pergi titi sirat pantas macam kilat, dan akhirnya masuk syurga tanpa hisab.
Alhamdulillah, jauh lagi kan perjalanan kita?
Selamat rentas Negeri. Kirim salam pada masjid yang dah lama tak berpenghuni.
Woha!
https://tinyurl.com/bmwhamka
Ulasan
Catat Ulasan