KANAK-KANAK

Assalamualaikum,

Blog ini menerima pertanyaan mengenai takrifan 'kanak-kanak' mengikut undang-undang.

Perihal kanak-kanak di Malaysia dikawalselia oleh Akta Kanak-Kanak 2001 ("Akta 611") yang berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2002. Sebelum itu, terdapat 3 Akta yang mengawal perihal kanak-kanak, iaitu Akta Mahkamah Juvana 1947, Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 dan Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973. Ketiga-tiga statut ini telah dimansuhkan dengan penguatkuasaan Akta 611.

Sumber gambar di SINI

Mengikut seksyen 2 Akta 611, ia menyatakan takrifan kanak-kanak sebagai:

"(a) seseorang yang dibawah umur 18 tahun.
(b) berhubung dengan prosiding jenayah, seseorang yang sudah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang telah ditetapkan dalam seksyen 82 Kanun Keseksaan (Akta 574)."

Dengan definisi di atas, maka Akta 611 adalah terpakai kepada kepada semua kanak-kanak, selain daripada prosiding jenayah yang tertakluk kepada peruntukan Kanun Keseksaan. Dan pengiraan umur ini adalah mengikut kalendar Gregorian seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Tafsiran 1948 dan 1967 mengikut seksyen 53 seperti berikut:


Sekyen 82 Kanun Keseksaan pula menyatakan bahawa:

"Tiadalah menjadi apa-apa kesalahan apabila dilakukan oleh kanak-kanak yang berumur di bawah sepuluh tahun."

Maka, bagi maksud prosiding jenayah, kanak-kanak yang berumur di bawah 10 tahun tidaklah boleh dianggap melakukan apa-apa kesalahan jenayah.

Begitu juga dengan anggapan dalam seksyen 113 Akta Keterangan 1950 (Akta 56) yang menyatakan bahawa:

"Menjadi suatu anggapan undang-undang yang tidak boleh patah bahawa seseorang budak lelaki yang berumur di bawah tiga belas tahun tidak berupaya melakukan rogol."

Ini bermaksud, kanak-kanak lelaki dibawah umur 13 tahun dianggap tidak boleh melakukan kesalahan rogol.

Dengan berkuatkuasanya Akta 611, maka ia telah membentuk satu lagi jenis atau cabang Mahkamah Rendah iaitu Mahkamah Bagi Kanak-Kanak atau dalam bahasa Inggerisnya Court for Children.

Insya Allah dalam entri lain saya akan bahaskan jenis-jenis Mahkamah di Malaysia, termasuklah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak ini.

Wassalam.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN

PERIHAL JAMINAN MAHKAMAH

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH