SENARAI PEGUAM SABAH

Assalamualaikum,

Buat warga Sabah dan Sarawak, khususnya di Negeri Sabah, sekiranya anda ingin menyemak nama peguam yang betul-betul boleh menjalankan amalan guaman di Sabah, anda boleh klik link di bawah:


Anda perlu klik di bahagian "THE ADVOCATES" dan pilih "PRACTISING CERTIFICATES" di dalam drop-down menu.


Kemudian, anda akan dipaparkan dengan screen di bawah dan bolehlah membuat carian berdasarkan kotak-kotak yang tersedia.


Pada nama setiap peguam terdapat pilihan drop down menu lagi bagi menyemak bilakah Sijil Amalan Guaman atau Practising Certificate mereka dikeluarkan.


Jika anda menjumpai nama peguam yang anda cari tetapi tidak menemukan nama seseorang peguam dalam ruangan "Practising Certificate" ini, tetapi anda boleh menjumpai nama mereka dalam ROLL OF ADVOCATES, maka peguam tersebut tidak layak atau tidak boleh beramal sebagai peguam tanpa Sijil Amalan Guaman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Lihat contoh di bawah:

Ini senarai peguam dalam Roll of Advocates. Perhatikan penama nombor 1014, 1016 dan 1017

Penama 1014, 1016 dan 1017 tersebut tiada dalam senarai Practising Certificates tahun 2020 ini.


Harap info ini bermanfaat.

Wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN

PROSIDING GARNISI