SEPATUTNYA

AMARAN: posting ini adalah luahan masalah politik di Sabah, tiada kaitan dengan isu perundangan walaupun melibatkan Dewan Undangan Negeri.

Kalau DS Shafie Afdal benar-benar mempunyai majoriti ADUN dan seorang anak jantan, jangan kembalikan mandat kepada rakyat.

Rakyat sudah pun memilih. Penat tau berbaris berpanas semasa PRU 14.

Sepatutnya dia balik ke DUN, buat usul undi percaya.

Atau bagi peluang ADUN Sibuga tu buat usul undi tidak percaya.

Baru namanya anak jantan!

Kami rakyat biasa bukannya lepas pilih YB-YB dulu inginkan pula YB lain pula. Tidak!

Ini masalah kamurang katak kodok puru tidak sedar diri ni.

Jadi kenapa susahkan kami lagi???

Apa, buat pilihanraya tu tidak guna wang rakyat ka? Boleh buat online saja ka? Penat tau berdiri berbaris tunggu giliran. Membazir duit saja kamu tau sambil menyusahkan rakyat.

Tidak apa. Nasi sudah jadi bubur. Akhirnya DUN Sabah bubar juga.
Dan kami sebagai rakyat akan hukum seadil-adilnya YB katak kodok tidak sedar diri setibanya hari mengundi nanti.

Kamu tunggu!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN

PROSIDING GARNISI