DISAMAN DAN SAMAN BALIK

Assalamualaikum,

Bakalpeguam menerima pertanyaan ringkas sebegini:

Sumber gambar di SINI

"Bos, saya terima writ saman dan saya tidak berpuas hati dengan orang yang saman saya ini. Bolehkah saya upah peguam untuk saman balik orang ini?"

Jawapan ringkas saya: tentu saja boleh dan caranya pun sangat simple.

Failkan saja Penyata Pembelaan (Statement of Defence) kepada Writ Saman itu dan dalam dokumen yang sama masukkan sekali Counterclaim (Tuntutan Balas). Tidak perlu failkan saman baru terhadap plaintif.

Ini termaktub dalam A. 15 k. 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

TETAPI, dengan syarat iaitu anda mempunyai kausa tindakan (cause of action) yang sah dan boleh dikuatkuasakan la ya.

Kalau setakat "saya mahu tuntut ganti rugi sebab dia malukan saya dalam writ saman ini" itu bukanlah satu kausa tindakan yang baik.

Itu dendam namanya.

Wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN

PROSIDING GARNISI