Assalamualaikum, Ringkas saja. Hari ini kita akan berbicara mengenai salah satu 'senjata' dalam menguatkuasakan penghakiman kes sivil di Malaysia. Pernahkah anda mengalami situasi dimana anda telah memenangi satu kes sivil di Mahkamah, tetapi defendan gagal untuk membayar hutang penghakiman yang anda telah perolehi? Terdapat pelbagai cara untuk menguatkuasakan penghakiman, seperti kebankrapan, writ sita dan jual, dan lain-lain. Selain itu, terdapat satu lagi kaedah yang kita akan bincangkan hari ini iaitu prosiding garnisi. Kata asalnya dalam bahasa Inggeris ialah 'garnishee proceeding'. Entah mengapa bila diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu ia dipanggil garnisi pula. Prosiding garnisi ini secara bahasa mudahnya ialah membekukan akaun seseorang defendan. Sebenarnya, dari segi perundangan, "garnishee" bermaksud seseorang yang bukan penghutang penghakiman dan berada di dalam bidangkuasa Mahkamah itu boleh diperintahkan untuk membayar kepada pemiutang penghak...
Ulasan
Catat Ulasan