Assalamualaikum, Daripada komen dan emel yang diterima daripada para pembaca, nampaknya masih ramai yang keliru antara wang jaminan dengan bayaran denda. Sumber gambar di SINI Saya cuba jelaskan dalam perkataan yang paling ringkas seperti berikut: JAMINAN MAHKAMAH Dibayar di Mahkamah oleh penjamin. Sebagai cagaran untuk bebaskan OKT dari ditahan di penjara sementara menunggu kes selesai. Bayaran dibuat sekali sahaja di kaunter Mahkamah atau melalui kaedah sijil simpanan tetap (fixed deposit) di bank. Wang jaminan akan dikembalikan selepas kes selesai kepada pemiliknya (selalunya penama penjamin pertama). Tanggungjawab penjamin adalah memastikan OKT hadir ke Mahkamah pada setiap tarikh sebutan/perbicaraan. Kegagalan menunaikan tanggungjawab tersebut penjamin boleh diarahkan untuk memberikan tunjuk sebab kepada Mahkamah mengapa wang jaminan tidak dilucutkan/dirampas. Jika Mahkamah tidak berpuas hati dengan penjelasan penjamin, Mahkamah boleh merampas/melucutka...
Untuk kes jenayah, terdapat beberapa terma mahkamah yang orang awam perlu tahu untuk memudahkan urusan di mana-mana mahkamah jenayah. Jom kita sembang sebahagian daripadanya. Pegawai pendakwa : ialah pegawai yang mengendalikan kes pendakwaan di Mahkamah. Ia terdiri daripada pegawai-pegawai polis atau pegawai-pegawai jabatan berkaitan. Mereka yang mengendalikan sebutan dan perbicaraan bagi setiap kes pendakwaan yang dijalankan di Mahkamah. Timbalan Pendakwaraya : juga dikenali sebagai Deputy Public Prosecutor (DPP) iaitu seorang pegawai undang-undang dari Jabatan Peguam Negara yang mempunyai kuasa memulakan, mengendalikan atau menamatkan sebarang kes jenayah di Mahkamah. Juga disebut sebagai TPR. Semua TPR mendapat keutamaan di dalam Mahkamah mengatasi pegawai pendakwa dan peguam-peguam swasta. Sebutan kali pertama : ini adalah proses hadap tuduh atau arraignment. Pada hari sebelum sebutan pertama di mahkamah, kebiasaannya anda akan dihubungi oleh pegawai penyiasat kes unt...
Sebelum ini saya sudah bercerita tentang gaji seorang Pesuruhjaya Kehakiman. Sila baca di SINI . Pesuruhjaya Kehakiman secara ringkasnya ialah 'Hakim Mahkamah Tinggi yang belum disahkan jawatan'. Mereka menjalankan tugas dan kuasa yang sama seperti seorang Hakim Mahkamah Tinggi, hanya nama jawatan sahaja sebagai Pesuruhjaya Kehakiman. Kalau Pesuruhjaya Kehakiman tidak menunjukkan prestasi yang baik, mereka tidak akan disahkan ke jawatan Hakim. Seperti dalam berita yang dilaporkan di SINI dan SINI . Hakim Mahkamah Tinggi dilantik oleh Yang DiPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan setelah merujuk ke Majlis Raja-Raja. Sebelum menasihati Yang DiPertuan Agong, Perdana Menteri pula haruslah merujuk kepada Ketua Hakim Negara. Ini adalah berdasarkan Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan Perkara 123 Perlembagaan Persekutuan, sebelum pelantikannya, seseorang hakim haruslah memiliki kelayakan berikut: iaitu dia mestilah seorang warganegara Malaysia dan ...
Ulasan
Catat Ulasan