TAN SRI MD RAUS SHARIF DILANJUTKAN KONTRAK SEBAGAI KETUA HAKIM NEGARA
KENYATAAN MEDIA
PELANTIKAN KETUA HAKIM NEGARA DAN PRESIDEN MAHKAMAH RAYUAN YANG MERUPAKAN HAKIM TAMBAHAN BAGI MAHKAMAH PERSEKUTUAN DI BAWAH FASAL (1A) PERKARA 122 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja yang bersidang pada 24 dan 25 Mei 2017, telah memperkenankan seperti berikut:
(i) YAA Tan Sri Dato’ Seri Md Raus bin Sharif yang telah dilantik sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan untuk tempoh 3 tahun mulai 4 Ogos 2017 di bawah Fasal (1A) Perkara 122 Perlembagaan Persekutuan, terus memegang jawatan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan mulai tarikh danuntuk tempoh yang sama; dan
(ii) YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin yang telah dilantik sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan untuk tempoh 2 tahun mulai 28 September 2017 di bawah Fasal (1A) Perkara 122 Perlembagaan Persekutuan, terus memegang jawatan Presiden Mahkamah Rayuan mulai tarikh dan untuk tempoh yang sama.
2. Pelantikan YAA Tan Sri Dato’ Seri Md Raus bin Sharif dan YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan setelah masing-masing mencapai umur 66 tahun dan 6 bulan adalah atas sembah cadangan dan nasihat Ketua Hakim Negara pada ketika itu, YAA Tun Dato’ Seri Arifin bin Zakaria kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 30 Mac 2017 sebelum Yang Amat Arif bersara. Cadangan dan nasihatitu telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Fasal (1A) Perkara 122 Perlembagaan Persekutuan.
3. Keputusan-keputusan dan aturcara-aturcara di atas adalah selaras dengan peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan sekarang.
4. Walau bagaimanapun, Kerajaan Malaysia sedang menimbangkan pembentangan cadangan di Parlimen untuk pindaan Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan, untuk meningkatkan umur persaraan bagi hakim-hakim Mahkamah Apex kepada 70 tahun. Ini adalah selaras dengan amalan dan jurisprudens Komanwel dan antarabangsa.
7 Julai 2017

Ulasan
Catat Ulasan