GAJI DAN ELAUN KETUA HAKIM NEGARA
Sebelum ini saya sudah berbicara tentang gaji Pesuruhjaya Kehakiman di SINI dan gaji serta elaun Hakim Mahkamah Tinggi di SINI.
Sekarang kita tengok pula gaji seorang Ketua Hakim Negara.
Sekarang kita tengok pula gaji seorang Ketua Hakim Negara.
Ini juga berdasarkan kepada peruntukan Akta Saraan Hakim 1971 (Akta 45) setakat 10 Julai 2017.
Jom kita kira-kira..
- Gaji pokok = RM36,000
- Subsidi Elaun Rumah = RM5,000 (jika tidak tinggal di rumah fully furnished yang disediakan oleh kerajaan)
- Peruntukan Pembantu Rumah = RM3,000
- Peruntukan Jagaan Halaman Rumah = RM4,100 (Setahun)
- Elaun Keraian = RM6,000
- Elaun Khas Kehakiman = RM15,000
Menggunakan matematik mudah untuk perkara-perkara di atas (tidak termasuk peruntukan jagaan halaman rumah), Ketua Hakim Negara menerima gaji dan elaun sebanyak RM65,000 Sebulan!!!
Itu belum termasuk keistimewaan-keistimewaan lain yang dinikmati oleh pentadbir kepada Badan Kehakiman negara ini, seperti berikut:
- Kenderaan rasmi kerajaan berserta semua aksesori dan petrol serta penyelenggaraan dan tol ditanggung oleh kerajaan (minyak dan tol free!). Ia juga diletakkan lambang/crest yang diuluskan oleh Ketua Hakim Negara.
- Elaun dan pakaian uniform pemandu ditanggung oleh kerajaan. Kadar yang sama seperti pemandu kerajaan (driver free!).
- Elaun tugas rasmi luar pejabat atas kadar yang sama seperti pegawai JUSA A.
- Pakaian rasmi pada kadar RM1,500 sekali dalam 2 tahun (baju kerja free!).
- Pakaian istiadat pada kadar yang ditentukan oleh Perbendaharaan.
- Elaun pakaian panas jika dikehendaki bertugas di negara sejuk atas kadar sama seperti pegawai JUSA A.
- Bayaran subsidi pakaian 'black tie' atas kadar yang sama seperti pegawai JUSA A.
- Pasangan Hakim layak menuntut elaun pakaian bagi majlis/istiadat rasmi atas kadar yang sama seperti Hakim tersebut.
- Kemudahan perubatan atas kadar sama seperti pegawai JUSA A.
- Cuti tahunan selama 35 hari tidak termasuk cuti umum dan hujung minggu.
- Bekalan utiliti di rumah Hakim ditanggung oleh kerajaan. Bekalan ini ialah air, elektrik, kumbahan dan gas bermeter (semua utiliti free!!!)
- Bil talian telefon dan internet di rumah rasmi Ketua Hakim Negara termasuk langganan stesen TV berbayar (seperti Astro dsb) ditanggung oleh kerajaan (juga free!). Talian telefon bimbit sehingga RM500 ditanggung oleh kerajaan.
- Kemudahan membeli telefon bimbit atas kadar yang sama seperti pegawai Staff III (saya percaya merujuk kepada pegawai Turus 3) (handphone free!).
- Kemudahan paid passage ke luar negara bagi diri sendiri, isteri dan 3 orang anak berumur bawah 21 tahun pada kadar kelas pertama (first class) KL ke London bagi diri sendiri dan pasangan dan kelas ekonomi (economy class atau coach) bagi 3 orang anak. Kemudahan ini layak dituntut oleh Ketua Hakim Negara setahun sekali dalam tempoh perkhidmatan. Ketua Hakim Negara boleh memilih untuk mengambil tiket ini atau tunai sepertimana yang ditetapkan oleh kerajaan.
- Kemudahan balik Wilayah asal (Hakim Semenanjung bertugas di Sabah atau Sarawak dan sebaliknya) sekali dalam setahun atas kadar kelas pertama bagi diri sendiri dan pasangan dan kelas ekonomi bagi 3 orang anak di bawah umur 21 tahun. Kemudahan mesti digunakan dalam tahun yang sama.
- Kad pesara apabila Hakim bersara.
- Kemudahan keahlian kelab sukan atau rekreasi seperti yang dibayar kepada pegawai JUSA A.
- Kemudahan pinjaman kenderaan kerajaan seperti kelayakan pegawai JUSA A.
- Kemudahan pinjaman perumahan kerajaan (maksimum pembiayaan RM700,000).
- Manfaat kematian dan kecederaan apabila berlaku kemalangan dalam penerbangan (kapal terbang). Kematian RM150,000. Kecederaan kekal antara RM150,000 hingga RM275,000.
Sila maklumkan saya sekiranya terdapat kesilapan dalam penulisan ini.
Ulasan
Catat Ulasan