GAJI DAN ELAUN KETUA HAKIM NEGARA
Sebelum ini saya sudah berbicara tentang gaji Pesuruhjaya Kehakiman di SINI dan gaji serta elaun Hakim Mahkamah Tinggi di SINI . Sekarang kita tengok pula gaji seorang Ketua Hakim Negara. Ini juga berdasarkan kepada peruntukan Akta Saraan Hakim 1971 (Akta 45) setakat 10 Julai 2017. Jom kita kira-kira.. Gaji pokok = RM36,000 Subsidi Elaun Rumah = RM5,000 (jika tidak tinggal di rumah fully furnished yang disediakan oleh kerajaan) Peruntukan Pembantu Rumah = RM3,000 Peruntukan Jagaan Halaman Rumah = RM4,100 (Setahun) Elaun Keraian = RM6,000 Elaun Khas Kehakiman = RM15,000 Menggunakan matematik mudah untuk perkara-perkara di atas (tidak termasuk peruntukan jagaan halaman rumah), Ketua Hakim Negara menerima gaji dan elaun sebanyak RM65,000 Sebulan!!! Itu belum termasuk keistimewaan-keistimewaan lain yang dinikmati oleh pentadbir kepada Badan Kehakiman negara ini, seperti berikut: Kenderaan rasmi kerajaan berserta semua aksesori dan petrol serta penyelengg...