MENJADI SAKSI DI MAHKAMAH JENAYAH: BAHAGIAN 2

Assalamualaikum,

Sebelum ini saya telah berbicara soal menjadi saksi di Mahkamah Jenayah. Posting itu boleh di dapati di SINI.

Saya ingin menyambung sedikit lagi perkongsian bagi topik ini.

Sumber gambar di SINI.
 

Pertama, apabila anda disoal, anda mestilah dengar dengan teliti dan melihat kepada siapa yang menyoal anda. Jikalau anda disoal oleh Timbalan Pendakwaraya atau Pegawai Pendakwa, anda mesti memandang ke arah beliau. Jikalau anda disoal oleh peguambela, anda juga mesti memandang kepada beliau.

Kedua, apabila menjawab soalan, ini paling penting, apabila menjawab soalan, sila pandang kepada Hakim atau Majistret yang berada atau duduk di atas Bench. Bench ini meja hakim. Anda memberikan keterangan di hadapannya dan kepadanya, bukan kepada orang yang menyoal anda. Jadi, apabila menjawab soalan, alihkan pandangan kepada Hakim.

Contohnya anda disoal oleh peguambela:

"Setuju dengan saya bahawa pada masa kejadian, kamu tidak berada di situ?"

Jawapan yang anda harus jawab sambil memandang ke arah Hakim ialah:

"Tidak setuju, Yang Arif".

Contoh lain kepada soalan berbentuk provokasi:

"Saya katakan kepada kamu bahawa kamu telah berbohong kepada Mahkamah Yang Mulia ini dan menipu dalam jawapan kamu sebentar tadi?"

Jika anda disoal sebegini, tarik nafas panjang-panjang dan jawablah dengan tenang sambil memandang kepada Hakim:

"Saya tidak setuju, Yang Arif". Done. Simple. Jangan jawab meleret-meleret. Jangan bergaduh dengan orang yang soal anda sebegini. Jangan risau kerana anda akan diberikan peluang untuk menjelaskan jawapan anda nanti. Dan jangan risau kerana sebagai saksi, anda dilindungi oleh Mahkamah. Anda bukan yang dituduh. Anda hadir ke mahkamah untuk membantu dan memberikan keterangan.

Ketiga, jangan menghina Mahkamah. 

Banyak cara anda boleh dituduh sebagai menghina Mahkamah, seperti mengeluarkan kata-kata kesat semasa menjawab soalan, bergaduh dengan orang-orang yang berada di dalam Mahkamah semasa perbicaraan itu, terutamanya jika anda bergaduh dengan Hakim, maka bererti anda telah menempah tiket pakej tempat tidur untuk bermalam di dalam penjara. Sama juga apabila anda disoal tetapi enggan atau tidak mahu menjawab soalan, samada anda diam sahaja atau meleret-leret tidak menjawab soalan. Hakim akan memberikan tegurannya dan jika teguran itu tidak juga diendah, maka anda boleh dituduh sebagai menghina Mahkamah.

Itu saja perkongsian kali ini.

Wassalam.

 

Ulasan

  1. Salam saya nak tanya mcm kes saya nie OKT sebelum nie kena tahan dpejara perlis...tpi kes ada lagi...selepas bebas OKT engan hadir ke makmhah untuk kes yang belum selesai...surat waran takap telah kuaq...apa yg perlu pejamin buat...dan OKT juga telah pindah rumah

    BalasPadam
  2. Salam saya nak tanya mcm kes saya nie OKT sebelum nie kena tahan dpejara perlis...tpi kes ada lagi...selepas bebas OKT engan hadir ke makmhah untuk kes yang belum selesai...surat waran takap telah kuaq...apa yg perlu pejamin buat...dan
    OKT juga telah pindah rumah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

PROSIDING GARNISI

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN