Catatan

DAFTAR LEWAT SIJIL LAHIR: MASALAH YANG MEMBELENGGU WARGA SABAH

Imej
Assalamualaikum, Kes ini mungkin ada kaitan dengan sijil kelahiran daftar lewat di Sabah. Sumber berita di SINI. Mungkin . Jadi setakat ini spekulasi sahaja kerana bakalpeguam tidak tahu dokumen apa yang dipegang oleh mangsa ini sehingga terpaksa menanggung bil hospital pula. Jikalau betul ia ada kaitan dengan sijil lahir daftar lewat, maka ini boleh dikatakan 'tip of the iceberg'. Masalah ini sebenarnya lebih besar cuma mungkin tidak diwar-warkan dalam media arus perdana. Daftar lewat sijil lahir... Masalah yang akan terus membelenggu warga Sabah. Baca tulisan sebelum ini di SINI , SINI dan SINI . Wallahu a'lam.

MASIH ADA YANG TERTIPU?

Imej
Assalamualaikum, Post ringkas saja berkenaan scammer dan penipuan. Bila membaca berita di bawah, macam-macam perasaan ada. Sumber berita di SINI Geram, marah, kecewa, kasihan... Ini kerana penipu tetap berada di mana-mana, dan dalam masa yang sama, walaupun telah banyak hebahan dibuat di hampir semua media yang ada (tv, radio, internet) mengenai kes-kes penipuan ini, tetapi tetap ada juga yang menjadi mangsa. Masih ada juga yang tertipu. Apabila menerima panggilan-panggilan sebegini, lakukan perkara ini: Minta nama penuh pemanggil dan tujuan panggilan dibuat. Jika tidak mendapat kerjasama, tamatkan saja panggilan. Kuasa mematikan panggilan di tangan anda! Jangan sesekali berkongsi apa jua data peribadi anda (nombor akaun, nombor IC, nombor kad bank atau kad kredit dan sebagainya). Apabila pemanggil mengaku dari jabatan sekian dan sekian, dapatkan nama penuh jabatan berkenaan dan nombor telefon untuk dihubungi. Catitkan semua maklumat ini. Jika pada masa...

DOWNLOAD AKTA ANTIBERITA TIDAK BENAR 2018

Imej
Assalamualaikum, Ringkas saja pagi ini. Undang-undang bertulis terbaharu di Malaysia iaitu Akta AntiBerita Tidak Benar 2018 atau Anti-Fake News Act 2018 (Akta 803) telah pun berkuatkuasa mulai 11 April 2018 selepas mendapat perkenan DiRaja pada 9 April 2018. Untuk mendapatkan salinan versi Internet Akta ini dalam bentuk PDF dalam Bahasa Melayu boleh klik di SINI . Untuk salinan berbentuk PDF dalam Bahasa Inggeris pula bolehlah klik di SINI . Dan untuk Warta Penetapan Tarikh Permulaan Kuatkuasa Akta ini pula boleh klik di SINI . Kupasan tentang undang-undang ini akan dibuat pada masa akan datang. Wassalam.

HUKUMAN MATI BAGI MENGEDAR DADAH TIDAK LAGI MANDATORI

Imej
Assalamualaikum, Tidak pasti samada ini berita gembira atau tidak kepada pengedar dadah dan ahli keluarga mereka. Bermula 15 Mac 2018 , Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952) yang sebelum ini memperuntukkan hukuman gantung sampai mati kini tidak lagi mandatori atau wajib di Malaysia. Sumber gambar di SINI Ini kerana Parlimen telah menggubal undang-undang ini dan memberikan pilihan kepada Hakim samada memberikan perintah hukuman gantung atau hukuman penjara dan sebatan rotan. Peruntukan Seksyen 39B (2) ADB 1952 sebelum ini menyatakan: "Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini dan jika disabitkan hendaklah dijatuhkan hukuman mati." Namun, melalui peruntukan Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 2017, ia dinyatakan seperti berikut: "2. Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234), yang disebut "Akta ibu" dalam Akta ini, dipinda dalam Seksyen 39B -  (a) deng...

BANTUAN GUAMAN KHAS UNTUK WANITA NEGERI SABAH

Imej
Assalamualaikum, Anda seorang wanita di Negeri Sabah? Anda ada masalah melibatkan undang-undang? Hebahan ini khas buat wanita di Negeri Sabah yang memerlukan bantuan guaman bagi kes-kes Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah serta Mahkamah Anak Negeri, samada dari segi nasihat perundangan mahu pun mewakili mereka di Mahkamah, bolehlah merujuk permasalahan mereka kepada Pusat Bantuan Guaman Wanita (PBGW) yang dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA). Wanita yang mendapat bantuan guaman daripada PBGW akan diwakili oleh panel-panel peguam yang dilantik oleh JHEWA. Maksudnya peguam ini adalah peguam swasta dan bukan peguam kerajaan, yang menjadi panel kepada JHEWA. Jadi, peguam ini tentulah mereka yang mahir dalam bidang masing-masing seperti undang-undang keluarga (kes perceraian, tuntutan harta sepencarian, harta pusaka dan sebagainya), undang-undang Anak Negeri dan sebagainya. Jika anda seorang wanita dan memerlukan bantuan ini, bolehlah rujuk kepada flyer...

MENCARI PEGUAMBELA KES JENAYAH?

Imej
Assalamualaikum, Apabila menghadapi pertuduhan jenayah di Mahkamah, adalah penting untuk anda mendapatkan khidmat guaman. Bukan setakat nasihat guaman, tetapi mewakili anda sebagai seorang peguam di Mahkamah. Kenapa pentingnya ada peguam? Saya sudah jelaskan di SINI. Pun begitu, apakah ciri-ciri yang perlu dilihat sebelum melantik seseorang peguam itu? Sumber gambar di SINI Perlu diingat, peguam yang baik tidak semestinya mahal, dan peguam yang mahal tidak semestinya terbaik (macam iklan sabun cuci kain pula!). Tetapi, sebagai seorang profesional, seseorang peguam perlu mengenakan caj yang berpatutan dengan beban tugas yang dipikul, kemahiran dan pengalamannya dan keadaan pasaran semasa. Tetapi, soal harga bukanlah satu-satunya kriteria yang anda perlu lihat apabila melantik peguam. Adakah anda mencari peguambela? Lihat ciri-ciri ini terlebih dahulu. 1. Pengalaman Seseorang yang berpengalaman dalam amalan guaman tentulah telah banyak berh...

MENGAKU SALAH ATAU MINTA BICARA?

Imej
Assalamualaikum, Di dalam proses perbicaraan Mahkamah bagi kes jenayah, satu elemen paling penting selepas pertuduhan dibaca dan difahamkan kepada tertuduh ialah samada mengaku bersalah atau tidak bersalah. Sumber gambar di SINI Ia juga menjadi suatu kebiasaan apabila tertuduh faham pertuduhan itu dan terus meminta untuk dibicarakan. Maknanya, tertuduh itu tidak mengaku salah terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. Memilih untuk mengaku salah atau tidak adalah atas kerelaan, kemahuan dan keinginan tertuduh sendiri dan bukan orang lain. Kerana, apabila mengaku salah, tentulah ada kesan dan akibat pengakuan bersalah itu. Dan apabila kesan dan akibat ini juga diakui, maka tertuduh boleh disabitkan dengan kesalahan yang dipertuduhkan. Sabit kesalahan ini saya telah tuliskan sebelum ini di SINI . Oleh kerana pemilihan samada mengaku salah atau tidak adalah keinginan tertuduh sendiri, maka tertuduh tidak sepatutnya mengikut kata orang lain. Kata-kata ini maksud...

BOLEHKAH BEBAS TANPA BICARA DALAM KES JENAYAH?

Imej
Assalamualaikum, Ada pembaca yang bertanya apakah kriteria untuk pembebasan OKT dan adakah kes akan dibicarakan selagi OKT mengaku salah? Begitulah lebih kurang soalannya. Ok, sebelum jawab soalan ini, jom kita sembang dulu proses dari awal suatu kes jenayah dilakukan sehingga kepada menghadapi pertuduhan. Sumber gambar di SINI Apabila seseorang itu ditangkap oleh pihak polis (atau penguatkuasa lain jug), orang itu belum lagi menghadapi pertuduhan. Dia belum lagi dinamakan OKT (Orang Kena Tuduh). Dia masih lagi seorang saspek atau OYDS (Orang Yang DiSyaki). Ini kerana pihak polis masih dalam proses siasatan bagi mengumpul bukti dan keterangan untuk melengkapkan kertas siasatannya atau IP (Investigating Paper). Apabila kertas siasatan pegawai penyiasat (IO) telah dirasakan lengkap, ia akan dikemukakan ke Pejabat Timbalan Pendakwaraya (DPP) di Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya, iaitu samada OYDS akan dituduh, atau IP dikembalikan untuk siasatan sela...

SENANGKAH BELAJAR UNDANG-UNDANG?

Imej
Assalamualaikum dan Salam Jumaat, Ada orang bertanya dengan saya, "susahkah belajar undang-undang?" Secara jujur, saya tiada jawapan spesifik untuk soalan itu. Mungkin sebab saya diajar untuk mengolah, membahas dan menganalisis sesuatu isu itu sebelum sampai kepada jawapan, sebab itulah saya kata saya tiada jawapan yang spesifik. Bagi saya sepatutnya soalan itu diubah kepada "senangkah belajar undang-undang?". Sebab dari segi psikologi, nampak positif sikit. Sebenarnya, dalam hidup kita, setiap hari kita berdepan dengan isu atau masalah undang-undang. Pada setiap hari kita berdepan dengan undang-undang kontrak, jenayah, malah tort dan komersial juga. Contoh, kita beli barang di kedai runcit. Itu juga melibatkan undang-undang. Anda 'offer' untuk beli barang, penjual menyatakan 'acceptance' ke atas offer anda dengan menawarkan barang yang dijualnya dan sebagai balasan atau 'consideration', anda membayar harga yang dita...

CARA MEMFAILKAN RAYUAN JENAYAH KE MAHKAMAH TINGGI

Imej
Assalamualaikum, Jom kita belajar proses mengemukakan rayuan dalam kes jenayah. Semua yang dinyatakan adalah merujuk kepada Kanun Prosedur Jenayah atau lebih popular dikenali sebagai "KPJ" atau "CPC" (Criminal Procedure Code). Rayuan ini adalah melibatkan kes jenayah di Mahkamah Sesyen atau Majistret ("Mahkamah Rendah") ke Mahkamah Tinggi sahaja. Kalau ke Mahkamah seterusnya prosesnya agak berlainan sedikit. Bagi kes-kes jenayah yang didengar di Mahkamah Rendah, samada Mahkamah Majistret atau Mahkamah Sesyen, apabila kes telah selesai dan pihak yang kalah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah, maka mereka boleh mengemukakan rayuan lanjut ke Mahkamah Tinggi. Rayuan ini boleh dikemukakan ke atas sabitan dan hukuman (c onviction and sentence ), atau ke atas hukuman sahaja, atau juga atas pelepasan dan pembebasan tertuduh ( discharge and acquittal ). Jika rayuan ke atas sabitan dan hukuman atau atas hukuman sahaja, maka tentulah i...

BOLEHKAH SAMBUNG LOAN KERETA ORANG LAIN?

Imej
Assalamualaikum, Ok, post ringkas sebab mahu balik lepas office hour. Sumber gambar di SINI Soalan: Bolehkah saya sambung loan kereta orang lain? Kami buat perjanjian depan peguam juga. Malah kami juga ada buat surat akuan bersumpah. Jawapan: TIDAK BOLEH! Ini kerana hak milik kereta adalah dituntut oleh pihak ketiga, iaitu Bank atau institusi kewangan. Jadi, selagi kereta masih ada pinjaman, gunalah akuan bersumpah setebal 100 mukasurat pun, atau perjanjian setebal manapun tetap ianya TIDAK SAH dan TIDAK TERPAKAI di sisi undang-undang. Dalam undang-undang kontrak, perjanjian sebegini dikenali sebagai ' void ab initio ' atau terbatal sejak azalinya. Dengan itu, sekiranya berlaku pertikaian di kemudian hari, maka perjanjian sebegini atau akuan bersumpah ini tidak boleh dikuatkuasakan, tidak akan diterima sebagai bukti keterangan, malah ia akan dianggap seolah-olah tidak pernah wujud pun! Jadi yang rugi siapa? Penjual lah yang rugi sebab jika pe...

HUKUMAN MATI

Imej
Assalamualaikum, Hukuman mati masih diamalkan di Malaysia walaupun terdapat gerakan samada domestik dan antarabangsa yang meminta agar ia dimansuhkan, atas alasan melanggar hak asasi manusia. Di dunia ini terdapat negara lain yang juga masih mengamalkan hukuman mati, hatta beberapa negeri di Amerika Syarikat sekalipun masih menguatkuasakannya. Pelaksanaannya juga berbeza-beza. Di negara Arab, ia dilakukan dengan hukuman pancung di leher menggunakan pedang yang tajam. Di China, mereka menggunakan firing squad atau melalui tembakan di kepala. Di negeri-negeri Alabama, Arkansas, Florida dan selebihnya di Amerika Syarikat menggunakan kerusi elektrik. Manakala di Arizona dan California pula menggunakan kaedah sedutan gas yang mengandungi bahan kimia. Sumber di SINI Bagi negara kita Malaysia, kita masih menggunapakai kaedah hukuman gantung di leher sehingga mati. Antara kesalahan-kesalahan yang menjadikan hukuman gantung ini mandatori ialah kesalahan mengedar...

ROGOL

Imej
Assalamualaikum, Di Malaysia, mengikut Kanun Keseksaan (Akta 574), perkataan atau kesalahan rogol ditakrifkan di bawah Seksyen 375 yang menyatakan bahawa: " 375. Rogol. Seorang lelaki adalah dikatakan melakukan "rogol" jika dia, terkecuali dalam hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, bersetubuh dengan seseorang perempuan dalam keadaan yang termasuk di bawah mana-mana daripada perihal-perihal yang berikut:- (a) bertentangan dengan kemahuan perempuan itu; (b) dengan tiada kerelaan perempuan itu; (c) dengan kerelaan perempuan itu manakala kerelaannya telah didapati dengan mendatangkan kepadanya atau mana-mana orang lain ketakutan mati atau cedera, atau telah didapati melalui salah tanggapan fakta dan lelaki itu tahu atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kerelaan itu telah diberi akibat dari salah tanggapan tersebut; (d) dengan kerelaan perempuan itu manakala lelaki itu ketahui bahawa dia bukan suaminya, dan kerelaan itu diberi kera...

APA KERJA SEORANG MAJISTRET?

Imej
Assalamualaikum, "Dia kerja apa? Doktor? Loyar? Majistret?" Mesti ramai yang familiar ungkapan di atas kan? Adakah anda tahu apa kerja seorang Majistret ? Siapakah dia yang dinamakan Majistret? Jom kita sembang sambil minum kopi O panas. Sumber gambar di SINI Secara ringkasnya, di Malaysia, termasuklah juga di Sabah, Majistret ialah seorang hakim daerah yang mengadili sesuatu kes samada kes sivil atau jenayah di mahkamah yang dinamakan sebagai Mahkamah Majistret. Mereka yang dilantik sebagai Majistret ini mempunyai had bidangkuasa tertentu yang telah ditetapkan oleh undang-undang. Apabila menjadi hakim, tugas Majistret ialah mendengar keterangan-keterangan saksi, meneliti bukti-bukti dikemukakan di Mahkamah, lepas itu buat keputusan sesuatu kes. Kalau kes sivil, keputusan itu adalah penghakiman Mahkamah. Kalau kes jenayah pula, samada tertuduh itu didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman atau tertuduh didapati tidak bersalah dan diperintahka...

BOLEHKAH TUAN RUMAH HALAU PENYEWA SEKIRANYA SEWA TIDAK DIBAYAR?

Imej
Assalamualaikum, Pada masa ini, adakah anda seorang pemilik rumah atau premis atau anda seorang penyewa rumah atau premis perniagaan? Sekiranya anda salah satu dari kategori di atas, anda seharusnya tahu mengenai hak anda kerana ianya amat penting di sisi undang-undang. Tentunya sebelum anda menyerahkan kunci kepada penyewa atau anda menerima kunci dari tuan rumah, anda seharusnya telah menandatangani satu perjanjian bertulis yang dinamakan sebagai 'Tenancy Agreement' atau 'Lease Agreement' bukan? Pertama sekali, apa beza antara keduanya? Sebenarnya sama saja. Ia merujuk kepada perjanjian sewa sesebuah premis dari seorang pemilik kepada bakal penyewa. Namun tenancy agreement biasanya merujuk kepada penyewaan yang kurang daripada 3 tahun, seperti sewaan rumah, bilik dan sebagainya. Lease agreement pula biasanya melibatkan sewaan yang melebihi tempoh 3 tahun dan kebiasaannya digunakan dalam hal premis perniagaan atau komersial. Oleh kerana terdap...