Catatan

Tunjukkan catatan dari 2021

TEGURAN KEPADA PEGUAM

Imej
Assalamualaikum, Di dalam Mahkamah Terbuka, para peguam wajib memakai pakaian formal yang telah ditetapkan iaitu memakai baju kot/blazer bagi Mahkamah Rendah dan sebagai tambahan untuk memakai jubah Mahkamah bagi kes-kes di Mahkamah Tinggi. Pun begitu, ada dikalangan peguam ini atau juga pegawai Mahkamah yang lain yang agak suka membuka baju kot/blazer atau jubah ini semasa Mahkamah tengah bersidang. This is a BIG NO! Perbuatan sebegini di dalam Mahkamah Terbuka ketika Hakim/Majistret bersidang adalah sangat annoying dan boleh dikenakan tindakan menghina Mahkamah. Gambar sekadar hiasan. Sumber di SINI Perbuatan sebegini sebenarnya adalah menghina Mahkamah dan peguam atau pegawai Mahkamah, termasuklah Timbalan Pendakwaraya, Pegawai Pendakwa atau mana-mana orang lain yang hadir ke Mahkamah yang berbuat sebegini akan mendapat ceramah atau teguran percuma dari Hakim atau pegawai kehakiman yang bersidang. Jikalau peguam hendak membuka baju kot/blazer atau jubah, pastikan ia dibuat di luar M...

LAMA TIDAK UPDATE

Assalamualaikum, Pendek saja posting ini. Lama bakalpeguam tidak update blog. Dalam emel ada beratus direct message dan notification mengenai komen yang ditinggalkan oleh para pembaca yang budiman. Maaflah kerana tidak berkesempatan untuk menjawab semua emel dan komen berkenaan memandangkan admin hanya bersendirian menguruskan blog ini dan terikat dengan komitmen sebenar di dunia luar. Pun begitu, terdapat juga soalan pembaca yang sebenarnya sudah ada jawapannya dalam blog ini. Harapnya anda mengambil sedikit inisiatif untuk mencari posting, membaca dan memahami dahulu kandungan posting terdahulu. Contohnya seperti mengenai isu wang jaminan mahkamah, pertuduhan jenayah dan lain-lain. Selain dari meninggalkan persoalan di ruangan komen, pembaca juga bolehlah menghantar emel kepada admin di bicaraperundangan@gmail.com. Insya Allah, dalam keterbatasan waktu yang ada bakalpeguam akan cuba menjawab persoalan yang timbul sebaik mungkin. Cuma, sebaik-baiknya para pembaca berjumpa sendiri deng...

ADA REKOD KLINIK TAPI GAGAL ENDOS MAHKAMAH?

Imej
Assalamualaikum, Saya menerima keluhan perasaan dari seorang kenalan mengatakan anak beliau gagal dalam 'temuduga endos' daftar lewat sijil kelahiran di Mahkamah Majistret. Dia amat kecewa kerana katanya 'dokumen semua lengkap, rekod klinik pun semua ada' tapi masih gagal. "Entah apa juga Mahkamah mahu", katanya. Sahabat, Sebenarnya rekod klinik lengkap sekalipun bukan jaminan untuk lulus endosmen.  Kena faham bahawa Mahkamah menjalankan inquiry iaitu siasatan kehakiman, bukan sekadar hanya menjalankan 'temuduga'. Sebab itu sebelum anda berikan keterangan di depan Majistret, anda akan diminta untuk mengangkat sumpah untuk menyatakan semua yang benar, tiada yang tidak benar melainkan yang benar belaka. Betul? *sahabat saya mengangguk* Kad klinik ibu dan anak, walaupun lengkap, tetapi ia hanya sebahagian saja kriteria yang dilihat oleh Mahkamah. Dalam menjalankan siasatannya, Mahkamah akan melihat kepada semua fakta yang dinyatakan di dalam sijil lahir d...

MENGKOMPOUN KESALAHAN JENAYAH (BHGN 1)

Imej
Assalamualaikum, Hari ini kita akan bincang tentang kes jenayah yang boleh dikompoun. Anda pernah dengar perkataan 'kompoun'? Biasa kita tahu kes-kes saman seperti saman trafik, JPJ, Lembaga Hasil Dalam Negeri (hmm.. borang BE belum isi lagi ni!😅) dan lain-lain boleh dikompoun atau ditawarkan untuk bayar kompoun. Dan tawaran kompoun ini sememangnya agak rendah berbanding dari hukuman asal yang boleh dikenakan ke atas kesalahan tersebut. Sebagai contoh, kesalahan meletak kenderaan di kawasan yang dilarang, apabila saman dikeluarkan, polis trafik akan menawarkan kompoun seperti RM70, RM150 atau lain-lain nilai, yang mana sekiranya kes ini didakwa di Mahkamah boleh dijatuhkan hukuman denda sehingga RM2,000. Mana lebih berbaloi, bayar RM150 di kaunter balai trafik atau kena turun naik Mahkamah dan berdepan dengan hukuman denda sehingga RM2,000? Dalam hal kompoun kesalahan ini, ada beberapa jenis kes jenayah juga yang boleh dikenakan atau ditawarkan kompoun. Perkara ini dikhususkan...

UGUT IBU SENDIRI

Imej
Assalamualaikum, Hari ini saya menyaksikan seorang tahanan yang dituduh mengugut ibu dan adik tirinya dengan parang dan mengeluarkan kata-kata yang mengancam mereka berdua. Sumber gambar di SINI . Kandungan berita ini tiada kaitan dengan kes ini.   Pertuduhan di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan. Pada awalnya tertuduh ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu. Namun, selepas 6 bulan ditahan reman di penjara kerana tidak dijamin oleh sesiapa, ditambah pula dengan situasi Perintah Kawalan Pergerakan, akhirnya tertuduh memilih untuk menukar pengakuan kepada bersalah.  Hari ini sepatutnya ialah tarikh pengurusan kes. Berikut situasi dalam Mahkamah Terbuka. Majistret: Kenapa kamu tukar pengakuan? OKT: Memang saya yang salah, Yang Arif. Saya sudah insaf. Majistret: Baiklah. Pertuduhan dibacakan semula kepada tertuduh. Selepas pertuduhan dibacakan kepada tertuduh, dia terus mengaku salah. Kesan dan akibat daripada pengakuannya juga telah diterangkan dan dia tetap memilih untuk m...

BILA MANGSA TERUS MENJADI MANGSA

Imej
Assalamualaikum, Saya sudah berkhidmat dalam bidang perundangan selama lebih 16 tahun. Antara agensi yang paling dekat ialah Polis DiRaja Malaysia. Saya amat menyanjungi bidang kepolisan kerana bidang ini juga amat dekat dengan saya. Bapa saya bekas anggota polis. Berkhidmat lebih kurang 38 tahun dalam pasukan. Adik saya juga merupakan seorang anggota polis. Saya membesar di dalam berek polis. Jadi, bidang ini amat dekat di hati dan kehidupan saya. Kebelakangan ini kita disajikan dengan berita-berita kurang enak mengenai pegawai dan anggota polis. Berita melibatkan kes rogol di lokap Balai Polis Pusat Miri, Sarawak antara isu terbesar. Selain itu, anggota bersikap tidak profesional di Sekatan Jalanraya (SJR) juga mengambil tempat slot berita. Dan semalam, dikhabarkan ada pegawai polis yang mengkhinzirkan pegawai polis lain yang membuat SJR dan mentularkannya di media sosial. Entah di mana silapnya tetapi yang pasti ini bukan salah PDRM, tetapi salah individu yang bergelar pegawai dan a...

MENJADI SAKSI DI MAHKAMAH JENAYAH: BAHAGIAN 2

Imej
Assalamualaikum, Sebelum ini saya telah berbicara soal menjadi saksi di Mahkamah Jenayah. Posting itu boleh di dapati di SINI . Saya ingin menyambung sedikit lagi perkongsian bagi topik ini. Sumber gambar di SINI .   Pertama, apabila anda disoal, anda mestilah dengar dengan teliti dan melihat kepada siapa yang menyoal anda. Jikalau anda disoal oleh Timbalan Pendakwaraya atau Pegawai Pendakwa, anda mesti memandang ke arah beliau. Jikalau anda disoal oleh peguambela, anda juga mesti memandang kepada beliau. Kedua, apabila menjawab soalan, ini paling penting, apabila menjawab soalan, sila pandang kepada Hakim atau Majistret yang berada atau duduk di atas Bench. Bench ini meja hakim. Anda memberikan keterangan di hadapannya dan kepadanya, bukan kepada orang yang menyoal anda. Jadi, apabila menjawab soalan, alihkan pandangan kepada Hakim. Contohnya anda disoal oleh peguambela: "Setuju dengan saya bahawa pada masa kejadian, kamu tidak berada di situ?" Jawapan yang anda harus jawab ...

PROSES MEDIASI

Imej
Assalamualaikum, Hari ini saya ditanya tentang mediasi. Untuk rekod, saya ialah seorang certified mediator. Dan saya bercakap tentang proses mediasi yang dikendalikan di mahkamah atau dikenali sebagai 'court assist mediation'. Saya telah ditanya apakah itu mediasi dan bagaimana efektifnya mediasi ini? Jawapan saya simple: "Kalau perbicaraan di mahkamah terbuka itu umpama peperangan, mediasi inilah tempat meja rundingan". "If trial in open court is an open battle, mediation is the closed round-table". Sumber gambar di SINI Mediasi ialah salah satu proses rundingan antara mereka yang berpertikaian dalam kes sivil, sebagai kaedah alternatif penyelesaian pertikaian atau 'alternative dispute resolution' atau biasa dikenali sebagai ADR. Proses ini sangat efektif dengan syarat ia mendapat partisipasi daripada pihak-pihak tersebut dengan hati dan minda yang terbuka. Sebenarnya, walaupun mereka mempunyai minda yang tertutup sekalipun, sekiranya hadir di hadap...

MENJADI SAKSI DI MAHKAMAH JENAYAH: BAHAGIAN 1

Imej
Assalamualaikum, Hari ini bakalpeguam duduk di Mahkamah terbuka mengikuti perbicaraan kes jenayah di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencabul. Tertuduh kes ini ialah seorang penjawat awam, manakala mangsa pula ialah isteri kawan tertuduh sendiri yang juga anak rakan sekerjanya. Mangsa berumur 28 tahun semasa kejadian. Mangsa atau pengadu kes ini boleh dikatakan vulnerable kerana belum saja memasuki kandang saksi, dia sudah menangis teresak-esak apabila melihat tertuduh. Katanya, dia sangat trauma selepas kejadian cabul tersebut yang mana sehingga kini dia berjumpa pakar psikiatrik. Sumber gambar di SINI   Semasa keterangan utama yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya, mangsa ini menceritakan dengan detail kejadian pada malam tersebut dengan panjang lebar, dengan ayat yang tidak tersusun hingga membuatkan Majistret pening mendengarnya. Ada kalanya Majistret terpaksa memberhentikan mangsa kerana bercakap terlalu laju sehingga apa yang dikatakan mungkin tidak ...

SIJIL LAHIR DAFTAR LEWAT DAN KEWARGANEGARAAN

Imej
Assalamualaikum, Saya tidak pasti ini kali ke berapa saya bercakap soal atau isu sijil lahir daftar lewat di dalam blog ini. Kerana saya tahu bahawa, walaupun ianya amat sensitif, namun isu ini amat dekat di hati warga Negeri Sabah, kerana isu ini hanya berlaku di negeri di Bawah Bayu ini dan tidak di negeri lain di dalam Persekutuan Malaysia. Ramai di kalangan rakyat negeri Sabah yang memegang sijil lahir bertaraf daftar lewat, sehingga menjadi punca wujudnya konsep Mahkamah Bergerak, yang antara lain ingin memudahkan akses kepada keadilan bagi penduduk di kawasan pedalaman bagi mendapatkan taraf kewarganegaraan melalui endosmen sijil lahir daftar lewat mereka. Sebelum berbicara lanjut, mari kita semak dahulu mengenai sijil kelahiran daftar lewat di Negeri Sabah ini. Apakah sebenarnya daftar lewat kelahiran ini? Secara ringkasnya, sesuatu kelahiran mestilah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara dengan kadar segera atau dalam tempoh yang ditetapkan.  Sumber gambar: Laman Web Ja...

BELAJAR BAHASA INGGERIS

Imej
Assalamualaikum, Insya Allah tahun ini saya akan berusia 40 tahun. Memasuki alam 4 series. Ini juga bermaksud saya ialah seorang lepasan ijazah sarjana muda undang-undang pra-youtube, pra-streamyx, pra-unifi dan seumpamanya. Masa itu whatsapp, telegram, IG dan seumpamanya pun belum ada lagi. Untuk berkomunikasi hanya berhubung melalui telefon awam, atau kalau ada handphone pun paling canggih masa itu ialah Nokia 3310. Dulu, saya mendapatkan bahan bacaan di perpustakaan sahaja, manakala untuk mendapatkan access internet hanyalah di makmal komputer. Mesti ramai dikalangan pembaca blog ini tertanya-tanya bagaimana agaknya keadaan makmal komputer itu ya. Kalau anda tahu bermakna anda sezaman dengan saya jugalah. Lebih menggerunkan dulu semasa mula memasuki matrikulasi UIA, kami dikehendaki mengambil subjek Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab terlebih dahulu. Bahasa Inggeris pula mesti menguasai 4 kemahiran iaitu listening, writing, speaking dan reading dengan mencapai kriteria yang telah ditet...

SYAITAN BERTOPENG MANUSIA

Imej
Assalamualaikum, Membaca berita online pagi ini rasa amat marah dan menyedihkan. Link berita asal di SINI .   Bayangkan seorang bapa (walaupun bapa tiri) yang diamanahkan oleh Allah untuk menjaga dan membimbing isteri dan anak tiri tetapi sanggup mengkhianati amanah itu dengan mengambil kesempatan pula merogol anak yang tidak berdosa. Seawal umur 12 tahun anak ini telah diragut dan disentap kehormatan diri dan masa depannya oleh manusia durjana ini. Sebanyak 105 kali sejak 2 tahun lalu! Subhanallah. Purata seminggu sekali dirogolnya budak ini. Dan akhirnya Mahkamah telah mensabitkannya bersalah di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan atas pengakuan bersalahnya sendiri bagi semua 105 pertuduhan itu kerana melakukan sumbang mahram dan dijatuhkan hukuman penjara minimum 10 tahun bagi setiap pertuduhan dan dengan sebatan. Dan Mahkamah perintahkan hukuman itu berjalan secara berasingan, iaitu one after another. Dengan kata lain, tertuduh ini akan meringkuk di dalam penjara sepanjang hayat...

BUKU YANG SESUAI UNTUK BELAJAR UNDANG-UNDANG

Imej
Assalamualaikum, Baru-baru ini ada dikalangan pembaca budiman yang meninggalkan komen di bawah: "Sy berminat nk pelajari undang2. Utk ilmu diri dan keluarga. Dan sy tiada kekuatan utk belajar secara lebih mendalam mungkin cukup sekadar membaca. Saudara n saudari disini boleh ka bagi cadangan utk sy memilih buku yg sesuai utk sy baca dan pelajari serba ringkas? Ada cadangan jenis buku apa? Tkasih 🙏" Pertama sekali, tahniah kerana saudara/i berminat untuk mempelajari ilmu perundangan. Bidang yang amat mencabar dan penuh dengan liku. Sebenarnya ada banyak buku yang boleh dijadikan bahan bacaan untuk mempelajari selok belok ilmu perundangan. Saya sendiri ada beberapa koleksi buku seperti "To Be Or Not To Be A Lawyer", "The Practice of Law (Singapore)" dan lain-lain. Buku-buku ini ditulis dengan santai dan berdasarkan pengalaman sebenar penulis-penulis dari saat belajar undang-undang sehinggalah berkerjaya sebagai peguam, pegawai undang-undang dan sebagain...

JANGANLAH TERUS TERTIPU

Imej
Assalamualaikum, Membaca berita di bawah tidak disangka masih ada lagi orang tertipu sebegini. Berita penuh boleh dibaca di SINI Suka bakalpeguam nasihatkan pembaca yang budiman agar sentiasa berhati-hati dengan penipuan sebegini.  Perbuatan ini bukan sahaja mendatangkan kerugian, malah ia akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap sistem perundangan dan kehakiman negara kita. Pegawai undang-undang Jabatan Peguam Negara yang memegang jawatan Timbalan Pendakwaraya (TPR) yang jujur dan amanah tidak sesekali akan melakukan perbuatan sebegini. Malangnya, perbuatan ini dilakukan oleh orang yang menyamar sebagai seorang TPR. Selayaknya orang yang melakukan kesalahan ini dijatuhkan hukuman yang sangat berat sekiranya disabitkan oleh Mahkamah kelak. Kepada orang awam yang didatangi oleh orang sebegini kononnya boleh membantu mana-mana OKT dalam kes mereka, bolehlah menyemak atau memohon pengesahan terus kepada Jabatan Peguam Negara melalui laman web mereka di SINI . Atau, sebaiknya terus s...