SAMAN TUNTUTAN KECIL DITOLAK
Assalamualaikum dan Salam Hari Kebangsaan ke-63 Tahun, Anda masih ingat posting saya mengenai prosedur saman tuntutan kecil sebelum ini? Ala, yang saya poskan DI SINI tu. Masa itu sebutan kes untuk pengurusan. Minggu lepas bakalpeguam sempat menyaksikan kes itu menjalani perbicaraan penuh. Sumber gambar di SINI Ceritanya begini. Dalam post ini kita namakan Plaintif sebagai "C" dan Defendan sebagai "B" supaya senang anda faham. Wanita C (iaitu plaintif) menyaman wanita B (iaitu defendan) kerana telah meninggalkan premis yang disewa oleh B dengan bil-bil elektrik yang tertunggak. B telah menyewa premis ini dari tahun 2013 sehingga keluar dari premis itu setelah tamat kontrak sewaan pada bulan Ogos tahun 2019 (tepatnya setahun lepas iaitu 31 Ogos 2019) selepas 2 kali pelanjutan kontrak. Ada perjanjian sewa atau tenancy agreement yang lengkap. Premis ini adalah sebuah premis perniagaan dalam bangunan shopping complex yang mempunyai 2 jenis bil elektrik. Satu bil oleh...