Catatan

KES LAMA BOLEHKAH DIBICARAKAN?

Imej
Assalamualaikum, Semalam blog ini menerima pertanyaan dari seorang pembaca seperti berikut: Salam, admin. Saya nak Tanya. Saya pernah berselisih faham(bergaduh) dengan kenalan saya    pada Tahun 2009 Dan baru kini saya dapat tahu selepas lebih Dari 10 tahun   Yang saya dituduh Di bawah akta seksyen 324. Memandangkan pekara ini telah berlaku lebih 10 Tahun, saya dah tak ingat   secara mendalam atas apa Yang telah berlaku Dan saya juga tidak membuat   sebarang laporan polis mengenai kejadian itu. Persoalan saya; 1-Adakah kes ini masih boleh Di bicarakan? 2-Adakah terdapat apa-apa langkah Yang boleh saya ambil untuk berdepan    dengan tuduhan ini? Sumber gambar di SINI. Jawapan bakalpeguam seperti dibawah: W'salam, Kesalahan di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan adalah kesalahan yang agak serius dan membawa hukuman penjara 10 tahun, denda atau sebat atau dengan mana-mana 2 daripada hu...

PERKHIDMATAN PEGUAM NEGARA

Imej
Tahniah diucapkan kepada YA Tan Sri Idrus Harun yang telah diperkenankan pelantikannya oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sebagai Peguam Negara mulai 6 Mac 2020. Kita yakin beliau mampu menggalas tugas dan tanggungjawab ini kerana beliau juga tidaklah asing dalam perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, apatah lagi beliau ialah mantan Peguamcara Negara selama lebih 8 tahun sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan seterusnya sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Sekali lagi tahniah YA dan selamat menjalankan tugas dan amanah.

KURSUS IJAZAH SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG DAN PROSPEK KERJAYA

Imej
Assalamualaikum, Blog ini menerima emel daripada seorang pembaca yang bertanyakan mengenai kursus Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (ringkasnya “LLB”) dan perjalanan untuk menjadi seorang peguam. Sumber gambar di SINI Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Adik Fatin kerana bertanyakan soalan yang sangat baik untuk dikongsikan dalam posting khusus untuk manfaat pembaca yang lain. Emel tersebut berserta jawapan dan saranan saya ada juga disertakan, adalah seperti berikut: Assalamualaikum dan salam sejahtera. J: Waalaikumussalam wbt. Encik/cik/tuan/puan, Saya merupakan pelajar lepasan SPM 2019. Saya berminat untuk mengambil course ini di universiti. Walau bagaimanapun,ada beberapa perkara yang saya fikirkan dan menyebabkan saya berasa ragu dengan pilihan saya. J: Syabas dan tahniah kerana adik mempunyai minat dalam bidang perundangan walaupun mungkin terdapat sedikit keraguan. Didoakan moga adik memperolehi keputusan yang cemerlang dalam SPM 2019 ...

PROVOKASI MELAMPAU

Imej
Assalamualaikum, Pagi ini mendapat teks dari seorang kawan bertanyakan seperti berikut: "Semasa AGM sekolah anak, ada seorang lelaki yang bertanyakan soalan provokasi sehingga membuatkan beberapa orang menjadi marah kerana rasa difitnah dan dituduh melakukan jenayah, hingga berlaku jerit menjerit dan akhirnya berlaku pergelutan. Apakah ada kesalahan yang dilakukan oleh orang ini dengan bertanyakan soalan berbentuk provokasi?" Pendapat saya: Ya, sememangnya orang yang mengeluarkan kata-kata yang boleh membangkitkan keresahan atau kemarahan orang lain telah dianggap melakukan suatu jenayah. Ia termaktub di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang bertajuk "dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan." Samada kata-kata 'provokasi' itu berbentuk soalan atau penyataan, sekiranya ia telah mengaibkan mana-mana orang sekalipun hingga mendatangkan bangkitan-marah kepada mana-mana orang, dan dia tahu bahawa...

REPORT POLIS ATAU KE HOSPITAL?

Imej
Ada seseorang bertanya kepada saya: Saya menjadi mangsa keganasan rumahtangga. Suami memukul saya. Kalau begitu, apa perlu saya buat? Perlu ke hospital dulu atau buat report? Sumber gambar di SINI Jawapan saya: Sewajarnya puan ke Balai Polis untuk membuat laporan terlebih dahulu, dan selepas pegawai polis menerima aduan puan dan seorang pegawai penyiasat dilantik, puan akan dirujuk juga ke hospital bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya dan pemeriksaan pegawai perubatan ini juga bertujuan untuk mendapatkan laporan perubatan sebagai bahan bukti. Kecuali : jikalau tahap kecederaan yang dialami adalah parah dan mungkin boleh mengancam nyawa, maka teruslah ke hospital terlebih dahulu. Proses selepas itu pula ialah pegawai penyiasat akan meneruskan siasatan, manakala puan pula bolehlah memohon perintah perlindungan sementara (Interim Protection Order atau IPO - bukan Interim Prime Minister ya) daripada Mahkamah Majistret. Perkara ini boleh dibe...

ANAK TIDAK SAH TARAF TIDAK BOLEH BERBINKAN BAPA

Imej
Assalamualaikum, Hari ini, 13 Februari 2020 Mahkamah Persekutuan iaitu mahkamah tertinggi di negara ini telah membuat keputusan secara majoriti 4-3 iaitu memutuskan bahawa anak seorang Islam yang tidak sah taraf tidak boleh berbinkan bapanya. Sumber gambar di SINI Berita-berita ini boleh dibaca seperti di pautan-pautan di bawah: Berita Harian : Mahkamah Persekutuan putus kanak-kanak Islam tidak sah taraf tidak boleh dibinkan nama bapa Harian Metro : Tidak Boleh Bin atau Binti Bapa New Straits Times : Federal Court rules Muslim child conceived out of wedlock cannot use father's name The Edge Markets : Federal Court rules Muslim child conceived out of wedlock cannot bear father's name Ini sebenarnya berita baik kerana telah memenuhi tuntutan Syariah bahawa seseorang anak yang tidak sah taraf tidak boleh berbin atau berbintikan bapa kandungnya. Dan inilah yang diterjemahkan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini. Cuma agak janggal pula apabila Mah...

MEMAKAI PAKAIAN ASKAR

Imej
Sumber gambar di SINI Seksyen 140 Kanun Keseksaan menyatakan: "Barang siapa, yang bukannya seorang askar, kelasi atau askar udara dalam perkhidmatan tentera darat, laut atau udara Yang DiPertuan Agong, memakai apa-apa pakaian atau membawa apa-apa tanda yang menyerupai apa-apa pakaian atau tanda yang digunakan oleh seseorang askar, kelasi atau askar udara itu dengan niat supaya boleh dipercayai bahawa dia adalah seorang askar, kelasi atau askar udara itu, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai 3 bulan, atau dengan denda yang boleh sampai RM1,000, atau dengan kedua-duanya." Peruntukan undang-undang ini bermaksud sesiapa jua, samada warganegara ini atau bukan warganegara, memakai pakaian atau membawa apa-apa tanda (contoh pangkat, lambang, epaulette dsb) yang menyerupai seorang askar dengan niat untuk orang lain mempercayai bahawa dia itu seorang askar (TDM, TLDM atau TUDM), maka dia melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawa...

GADUH-GEMPAR

Imej
Seksyen 159 Kanun Keseksaan menyatakan bahawa: "Apabila 2 orang atau lebih, mengganggu ketenteraman awam, dengan bergaduh di tempat awam, mereka adalah dikatakan "melakukan suatu gaduh-gempar". Seksyen 160 Kanun Keseksaan pula menyatakan bahawa: "Barang siapa melakukan suatu gaduh-gempar hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai 6 bulan, atau dengan denda yang boleh sampai RM1,000, atau dengan kedua-duanya." Sumber gambar di SINI Jadi, jikalau anda didapati bergaduh, mencari gaduh atau dicari gaduh oleh seseorang di tempat awam, samada secara sengaja atau tidak sengaja, walaupun tiada kecederaan pada mana-mana pihak dan mengganggu ketenteraman awam, anda boleh didakwa atas kesalahan melakukan gaduh-gempar atau dalam bahasa orang putihnya disebut sebagai " committing affray " atau juga disebut sebagai " street fight ." Tidak kiralah siapa yang memulakan pergaduhan itu dahulu, itu bukan isunya....

PRINSIP MENJATUHKAN HUKUMAN

Imej
Assalamualaikum, Apabila melibatkan kes jenayah, ramai yang bertanya berapakah hukuman sesuatu kesalahan itu. Apakah sebenarnya prinsip atau asas yang dipertimbangkan oleh mahkamah sebelum menjatuhkan hukuman? Saya selalu mengatakan bahawa proses jatuh hukum itu adalah hak dan budi bicara mahkamah. Tiada sesiapapun, hatta peguam terhebat sekalipun boleh menjanjikan berapakah hukuman yang akan dikenakan ke atas seseorang, kecuali dalam sesetengah keadaan, contohnya plea bargaining. Selain dari itu, ia boleh dikatakan hak mutlak mahkamah untuk menjatuhkan hukuman. Dan di dalam kes di bawah ini, Hakim Hashim Yeop A. Sani telah mengatakan bahawa setiap kes adalah berbeza dari segi meritnya, dan tiada kes yang akan serupa walaupun mungkin melibatkan keadaan yang sama. Bermakna, hukuman juga boleh jadi adalah berbeza mengikut merit kes itu sendiri. Pun begitu, mahkamah hanya boleh menjatuhkan hukuman mengikut kadaran yang ditetapkan oleh undang-undang sahaja. Apak...

HAKIKAT KERJAYA PEGUAM

Catatan yang diambil dari perkongsian Facebook Tetuan Roslina Sabiyah & Co, peguambela dan peguamcara yang sangat bermanfaat untuk dikongsi. Pautan asal di sini: https://www.facebook.com/118785085447717/posts/487460468580175/ Selamat membaca. _______________________________________________ . Saya tak tahu siapa yang menulis artikel asal ini. Tapi inilah realiti sebenar apa yang kami hadapi. Memang ramai yang tak faham bagaimana kami bekerja. Di harap dengan perkongsian ini, dapat mengubah tanggapan anda terhadap kerjaya seorang peguam. . A client of mine asked me a question : “We just received an invoice from our appointed legal firm. Is it relevant for us to pay xx,xxx  amount of money for a single legal document?" Well, i would say, YES! Tidak memeranjatkan langsung amount tersebut walaupun jumlahnya boleh beli hampir 3 buah rumah kos rendah. Saya juga pernah melihat invoice sebuah syarikat membayar hampir RM50 ribu hanya untuk mendapatkan 3 helaian nasihat berkaitan undang-...

HAPPY NEW LEGAL YEAR 2020

Assalamualaikum, Bakalpeguam memohon maaf sekali lagi kerana keterbatasan masa untuk menjawab komen dan emel yang diterima kerana pada masa ini sedang sibuk bagi persiapan Pembukaan Tahun Perundangan atau Opening Legal Year 2020. Insya Allah semua soalan di ruangan komen dan emel akan dijawab pada masa terluang. Terima kasih atas kesudian pembaca yang melayari blog ini. Wassalam.

SELAMAT TAHUN BARU 2020

Imej
Assalamualaikum, Sumber gambar di SINI Blog bakalpeguam mengucapkan Selamat Tahun Baru 2020 kepada semua pelawat dan pembaca yang budiman. Semoga tahun baharu ini akan memberikan lebih kejayaan, kemajuan, kemurahan rezeki dan segalanya yang terbaik dalam hidup kita. Dan buat negara tercinta, semoga sentiasa terus aman dan makmur dan rakyat hidup bersatu padu. Amiiin. Mohon maaf kepada pembaca yang meninggalkan komen yang tidak sempat dibalas atau disiarkan. Silalah hantarkan emel sekiranya terdapat persoalan yang perlukan perhatian segera atau melibatkan isu peribadi. bicaraperundangan@gmail.com Wassalam.

PEMAIN INDUSTRI DALAM SISTEM KEADILAN JENAYAH

Imej
Dalam sistem keadilan jenayah Malaysia, orang-orang inilah yang memainkan peranan penting dalam memastikan undang-undang jenayah ditegakkan seadil-adilnya. Industry player ini adalah seperti berikut: 1. Orang Yang Disyaki (OYDS) Sumber gambar di SINI Orang ini ialah mereka yang diadukan oleh seseorang pengadu bahawa telah disyaki melakukan sesuatu jenayah (suspek). Maka, polis akan menangkap orang ini dan akan menahannya di lokap untuk siasatan. Sekiranya siasatan tidak dapat selesai dalam tempoh 24 jam, OYDS ini perlu dibawa ke hadapan Majistret untuk mendapat perintah tahanan reman bagi melengkapkan siasatan. Selesai saja siasatan, samada OYDS akan dituduh di Mahkamah atau dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu arahan Timbalan Pendakwaraya. 2. Pengadu/Saksi Sumber gambar di SINI Pengadu ialah orang yang mengadu terhadap kejadian jenayah. Tidak semestinya pengadu ini ialah mangsa jenayah, walaupun sepatutnya mangsa jenayah yang menjadi pengadu. Sebagai contoh, ke...