HAKIKAT KERJAYA PEGUAM
Catatan yang diambil dari perkongsian Facebook Tetuan Roslina Sabiyah & Co, peguambela dan peguamcara yang sangat bermanfaat untuk dikongsi.
Pautan asal di sini: https://www.facebook.com/118785085447717/posts/487460468580175/
Selamat membaca.
_______________________________________________
.
Saya tak tahu siapa yang menulis artikel asal ini. Tapi inilah realiti sebenar apa yang kami hadapi. Memang ramai yang tak faham bagaimana kami bekerja. Di harap dengan perkongsian ini, dapat mengubah tanggapan anda terhadap kerjaya seorang peguam.
.
A client of mine asked me a question :
“We just received an invoice from our appointed legal firm. Is it relevant for us to pay xx,xxx amount of money for a single legal document?" Well, i would say, YES!
Tidak memeranjatkan langsung amount tersebut walaupun jumlahnya boleh beli hampir 3 buah rumah kos rendah. Saya juga pernah melihat invoice sebuah syarikat membayar hampir RM50 ribu hanya untuk mendapatkan 3 helaian nasihat berkaitan undang-undang. Persoalannya, why legal fees are expensive? Kos materialnya 2-3 helai kertas itu mungkin langsung tidak sampai 50 sen? Elektriknya pun berapa lah sangat. Laptopnya? Of course boleh re-use untuk kes-kes lain juga. Well, let me tell you these :-
Pernah dengar kisah seorang Peguam dan Ferrarinya yang dibiarkan hanyut di dalam banjir semata-mata mahu hadir ke mahkamah untuk Pendengaran Kes clientnya?
Howard A. Lewitt adalah seorang peguam yang mahir dalam undang-undang buruh. Semasa beliau dalam perjalanan ke mahkamah memandu Ferrari Californianya (kereta terbaik yang pernah beliau miliki), banjir telah berlaku menyebabkan beliau terperangkap.
Dalam keadaan terdesak, beliau telah mengambil beg dan failnya dan memanjat keluar dari kereta, mengambil teksi ke airport dan mendapati kesemua penerbangan telah dibatalkan. Beliau kemudian ke Pearson untuk mendapatkan penerbangan terakhir ke Ottawa. Ya, beliau berjaya menghadiri Pendengaran Kes Clientnya dan menang kes tersebut.
Realitinya, kehidupan peguam bukanlah seglamour seperti di dalam TV, atau semudah dalam TV. Mungkin kamu hanya nampak 2-3 helaian kertas, tapi setiap orang yang menggunakan servis undang-undang harus faham tentang perkara ini.
1) Liabiliti yang dibawa oleh peguam.
2) Apabila kamu mengambil servis peguam, peguam tersebut akan mengambil masalah kamu sebagai masalah mereka. Kamu boleh tidur nyenyak, tetapi peguam takkan tidur nyenyak dan sentiasa fikirkan masalah kamu seperti masalah mereka dan cuba yang terbaik untuk melindungi kamu.
3) Kamu tahu, banyak lawyer yang terpaksa korbankan masa dan tenaga mereka untuk berfikir apa masalah yang bakal kamu hadapi pada masa hadapan, dan bagaimana untuk melindungi kamu, sebelum masalah itu terjadi?
4) Cuba tanya peguam kamu, berapa banyak saman parking yang harus mereka bayar kerana illegal park / speedtrack semata-mata kerana mahu uruskan dokumen kamu? Memang kelakar, tapi itulah realitinya and sadly, we cant charge that to the client.
5) Berapa ramai peguam yang tak pernah kena marah di dalam mahkamah/ dengan majikan / dengan client / dengan opponent? Itu perkara biasa.
5) Kamu tahu berapa banyak air mata, masa, wang, tenaga yang dikeluarkan untuk mendapatkan LL.B (Hons) tersebut? Saya sendiri takkan mahu mengulangi proses 1+4 years+ 9 months chambering tersebut. Cukuplah sekali.
6) Mereka mungkin terpaksa "bermusuh" dengan musuh kamu!
7) Mereka bertanggungjawab terhadap majikan, client, pihak lawan , undang-undang, dan semua pihak harus dijaga untuk memastikan kelangsungan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang + apa yang client mahu. Memuaskan hati semua pihak amat susah!
8)Siapa lagi yang akan baca setiap satu patah perkataan yang berkesinambungan dengan pelbagai lagi rujukan dan dokumen lain yang kadang-kala boleh mengambil masa lebih dari seminggu untuk dibaca, kalau bukan peguam?
If anyone of you can name me any lawyer yang boleh tidur nyenyak setiap malam tanpa memikirkan tentang file-file clientnya,tak pernah kena marah, serius, saya mahu berguru dengannya!!!
Hormati setiap kerja yang dilakukan oleh peguam anda, kerana anda tidak tahu disebalik 2-3 helai dokumen yang anda nampak hanyalah kos sebanyak 50 sen itu, sebenarnya telah menggunakan masa dan profesional thought mereka dalam keadaan yang maksimum!
#ilovemyjob
#peguammenulis
Ulasan
Catat Ulasan