Catatan

BOLEHKAH SAMBUNG LOAN KERETA ORANG LAIN?

Imej
Assalamualaikum, Ok, post ringkas sebab mahu balik lepas office hour. Sumber gambar di SINI Soalan: Bolehkah saya sambung loan kereta orang lain? Kami buat perjanjian depan peguam juga. Malah kami juga ada buat surat akuan bersumpah. Jawapan: TIDAK BOLEH! Ini kerana hak milik kereta adalah dituntut oleh pihak ketiga, iaitu Bank atau institusi kewangan. Jadi, selagi kereta masih ada pinjaman, gunalah akuan bersumpah setebal 100 mukasurat pun, atau perjanjian setebal manapun tetap ianya TIDAK SAH dan TIDAK TERPAKAI di sisi undang-undang. Dalam undang-undang kontrak, perjanjian sebegini dikenali sebagai ' void ab initio ' atau terbatal sejak azalinya. Dengan itu, sekiranya berlaku pertikaian di kemudian hari, maka perjanjian sebegini atau akuan bersumpah ini tidak boleh dikuatkuasakan, tidak akan diterima sebagai bukti keterangan, malah ia akan dianggap seolah-olah tidak pernah wujud pun! Jadi yang rugi siapa? Penjual lah yang rugi sebab jika pe...

HUKUMAN MATI

Imej
Assalamualaikum, Hukuman mati masih diamalkan di Malaysia walaupun terdapat gerakan samada domestik dan antarabangsa yang meminta agar ia dimansuhkan, atas alasan melanggar hak asasi manusia. Di dunia ini terdapat negara lain yang juga masih mengamalkan hukuman mati, hatta beberapa negeri di Amerika Syarikat sekalipun masih menguatkuasakannya. Pelaksanaannya juga berbeza-beza. Di negara Arab, ia dilakukan dengan hukuman pancung di leher menggunakan pedang yang tajam. Di China, mereka menggunakan firing squad atau melalui tembakan di kepala. Di negeri-negeri Alabama, Arkansas, Florida dan selebihnya di Amerika Syarikat menggunakan kerusi elektrik. Manakala di Arizona dan California pula menggunakan kaedah sedutan gas yang mengandungi bahan kimia. Sumber di SINI Bagi negara kita Malaysia, kita masih menggunapakai kaedah hukuman gantung di leher sehingga mati. Antara kesalahan-kesalahan yang menjadikan hukuman gantung ini mandatori ialah kesalahan mengedar...

ROGOL

Imej
Assalamualaikum, Di Malaysia, mengikut Kanun Keseksaan (Akta 574), perkataan atau kesalahan rogol ditakrifkan di bawah Seksyen 375 yang menyatakan bahawa: " 375. Rogol. Seorang lelaki adalah dikatakan melakukan "rogol" jika dia, terkecuali dalam hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, bersetubuh dengan seseorang perempuan dalam keadaan yang termasuk di bawah mana-mana daripada perihal-perihal yang berikut:- (a) bertentangan dengan kemahuan perempuan itu; (b) dengan tiada kerelaan perempuan itu; (c) dengan kerelaan perempuan itu manakala kerelaannya telah didapati dengan mendatangkan kepadanya atau mana-mana orang lain ketakutan mati atau cedera, atau telah didapati melalui salah tanggapan fakta dan lelaki itu tahu atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kerelaan itu telah diberi akibat dari salah tanggapan tersebut; (d) dengan kerelaan perempuan itu manakala lelaki itu ketahui bahawa dia bukan suaminya, dan kerelaan itu diberi kera...

APA KERJA SEORANG MAJISTRET?

Imej
Assalamualaikum, "Dia kerja apa? Doktor? Loyar? Majistret?" Mesti ramai yang familiar ungkapan di atas kan? Adakah anda tahu apa kerja seorang Majistret ? Siapakah dia yang dinamakan Majistret? Jom kita sembang sambil minum kopi O panas. Sumber gambar di SINI Secara ringkasnya, di Malaysia, termasuklah juga di Sabah, Majistret ialah seorang hakim daerah yang mengadili sesuatu kes samada kes sivil atau jenayah di mahkamah yang dinamakan sebagai Mahkamah Majistret. Mereka yang dilantik sebagai Majistret ini mempunyai had bidangkuasa tertentu yang telah ditetapkan oleh undang-undang. Apabila menjadi hakim, tugas Majistret ialah mendengar keterangan-keterangan saksi, meneliti bukti-bukti dikemukakan di Mahkamah, lepas itu buat keputusan sesuatu kes. Kalau kes sivil, keputusan itu adalah penghakiman Mahkamah. Kalau kes jenayah pula, samada tertuduh itu didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman atau tertuduh didapati tidak bersalah dan diperintahka...

BOLEHKAH TUAN RUMAH HALAU PENYEWA SEKIRANYA SEWA TIDAK DIBAYAR?

Imej
Assalamualaikum, Pada masa ini, adakah anda seorang pemilik rumah atau premis atau anda seorang penyewa rumah atau premis perniagaan? Sekiranya anda salah satu dari kategori di atas, anda seharusnya tahu mengenai hak anda kerana ianya amat penting di sisi undang-undang. Tentunya sebelum anda menyerahkan kunci kepada penyewa atau anda menerima kunci dari tuan rumah, anda seharusnya telah menandatangani satu perjanjian bertulis yang dinamakan sebagai 'Tenancy Agreement' atau 'Lease Agreement' bukan? Pertama sekali, apa beza antara keduanya? Sebenarnya sama saja. Ia merujuk kepada perjanjian sewa sesebuah premis dari seorang pemilik kepada bakal penyewa. Namun tenancy agreement biasanya merujuk kepada penyewaan yang kurang daripada 3 tahun, seperti sewaan rumah, bilik dan sebagainya. Lease agreement pula biasanya melibatkan sewaan yang melebihi tempoh 3 tahun dan kebiasaannya digunakan dalam hal premis perniagaan atau komersial. Oleh kerana terdap...

ADA PEGUAM TAPI KALAH KES

Assalamualaikum dan Salam Jumaat, Ada yang mengeluh kenapa sudah lantik peguam, bayar mahal-mahal tapi kalah kes juga??? Tuan, Tugas peguam adalah untuk membela anda di Mahkamah. Peguam yang beretika tidak boleh menjanjikan bahawa kes anda akan menang kerana menang atau kalah kes itu ditentukan oleh Hakim atau Majistret. Malah, peguam juga tidak boleh meminta wang tambahan dari anda dengan alasan 'untuk mengupah polis atau Hakim atau Majistret untuk selesaikan kes'. Itu rasuah namanya! Tanggungjawab peguam adalah memastikan anda mendapat pembelaan yang adil dan sewajarnya. Ini disebabkan proses Mahkamah yang adakalanya rumit dan kompleks dan hanya peguam yang bertauliah sahaja mengetahuinya. Peguam yang bertanggungjawab akan sentiasa memberikan maklumbalas kepada segala persoalan anda termasuklah perkembangan kes yang sedang berjalan. Peguam juga akan menasihatkan anda untuk mematuhi apa juga peraturan dan undang-undang yang terlibat agar tidak berlaku sebarang...

GERHANA 'SUPER BLUE BLOOD MOON'

Imej
Assalamualaikum, Post kali ini saya kongsi gambar saja, iaitu fenomena gerhana bulan penuh. Subhanallah, Ini kebesaran Allah s.w.t. Tarikh: 31 Januari 2018 Masa : Sekitar 7 malam hingga 12 tengahmalam Menggunakan kamera handphone Samsung Galaxy S7... Sementara itu di Youtube ... Sementara itu di Makkatul Mukarramah, Arab Saudi selepas waktu Asar...

KISAH HAKIM INDONESIA

Imej
Assalamualaikum, Mengintai-intai emel lama, terjumpa emel bertarikh 20 Oktober 2014 yang memaparkan sebuah kisah menyentuh perasaan. Tajuk emelnya 'An Indonesian Judge' atau 'Hakim Indonesia.' Dari kisah ini, dapat disimpulkan bahawa selain implementasi undang-undang, Hakim yang bijak ini juga ternyata seorang yang berfikiran terbuka, berkaliber dan tidak jumud pemikirannya. Inilah ciri-ciri Hakim yang dinyatakan dalam Islam. Inilah ciri-ciri Hakim yang dimahukan oleh rakyat, walau apa jua agamanya. Bila Google nama Hakim ini, dikhabarkan kisah ini memang kisah benar. Nama penuh beliau ialah Mohammad Laica Marzuki, kini telah bersara dengan jawatan akhir sebagai Hakim Mahkamah Perlembagaan Indonesia. Moga ia bermanfaat dan dapat dijadikan iktibar kepada kita semua. "Being kind is more important than being right." Wassalam.  Subject: Fwd: FW: An Indonesian Judge (Read this) Subject: Fwd:An Indonesian Judge  ...

SOALAN TYPICAL BUAT PEGUAM Ep. 2

S: Mengapakah saya perlu peguam untuk mewakili saya di Mahkamah? J: Kerana di Mahkamah terdapat beberapa proses perundangan yang perlu dipatuhi oleh semua orang, tidak kira pangkat atau darjat atau keturunan, mesti mengikut proses undang-undang yang sama. Dan proses ini tidak semua orang tahu kecuali peguam. Dan walaupun orang itu tahu, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat peguam yang bertauliah atau berlesen menjalankan amalan guaman kerana mereka ini dilindungi oleh insurans terhadap sebarang kecuaian profesional. Sekiranya anda mendapatkan khidmat peguam yang tidak bertauliah, maka anda tidak akan mempunyai remedi dari segi undang-undang atas apa-apa kerugian atau kecuaian yang anda alami akibat daripada gagal mematuhi mana-mana proses Mahkamah. S: Boleh berikan contoh proses itu? J: Dalam kes sivil, contoh kes-kes saman, sekiranya anda menerima writ saman, anda perlu memasukkan atau memfailkan memorandum kehadiran kepada Mahkamah. Orang awam tidak tahu apa itu memor...

APA ITU SABIT KESALAHAN?

Imej
Assalamualaikum, Kalau anda rajin mendengar berita tentang berita jenayah, mesti anda pernah dengar dialog ini: "Kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan akan dihukum gantung sampai mati." Adakah anda tahu apa itu sabit kesalahan? Adakah ia sebuah sabit yang diletakkan di leher pesalah? 😄 Besarnya sabit ini Tentunya bukan. Sabit kesalahan dalam bahasa Inggerisnya ialah ' conviction ' atau apabila seseorang itu telah disabitkan kesalahan jenayah maka dia dikenali sebagai ' convict person ' atau ' convicted '. Ia membawa maksud telah terbukti melampaui keraguan munasabah bahawa tertuduh itu bersalah di dalam Mahkamah atas perlakuan jenayah seperti yang dipertuduhkan. Dengan kata lain, 'conviction' ini ialah satu perisytiharan Mahkamah ke atas seorang tertuduh bahawa dia telah didapati bersalah dan ternyata dia melakukan kesalahan itu tanpa sebarang keraguan. Maka, akibat dari ...

SALAH MAHKAMAH? MAHKAMAH SALAH?

Imej
Assalamualaikum, Ringkas saja. Taip semasa makan tengahari ni. Terlintas di fikiran bila bertemu dengan orang yang memarahi hatta memaki mahkamah apabila mendapati sebarang keputusan 'tidak adil, berat sebelah' dan sebagainya. Kononnya mahkamah tidak pandai dalam membuat keputusan. Hakcipta gambar ini terpelihara Tuan-tuan, Sebenarnya fungsi mahkamah adalah meneliti fakta dan undang-undang berkaitan isu yang ada di hadapan mahkamah itu lalu mentafsir undang-undang berkenaan dan membuat keputusan selaras dengan undang-undang juga. Contoh, mengedar dadah tertakluk kepada peruntukan Akta Dadah Berbahaya 1952 dan mahkamah adalah terikat dengan undang-undang itu. Jika seseorang ditangkap secara red-handed sekalipun tetapi apabila undang-undang sudah menetapkan pembuktian hendaklah melampaui keraguan munasabah dan semasa perbicaraan tertuduh berjaya membangkitkan keraguan, maka mahkamah wajiblah melepas dan membebaskannya. Adakah itu bermakna mahkama...

KOLEKSI GAMBAR OLY 2018

Imej
Tarikh: 19 Januari 2018 Tempat: Miri, Sarawak Acara: Pembukaan Tahun Perundangan Mahkamah Sabah dan Sarawak 2018 Persediaan untuk sesi fotografi berkumpulan bersama para peguam Sabah dan Sarawak Bila keadaan sudah bertenang Senyum... senyum Perarakan pun bermula Trafik dalam keadaan terkawal. Terima kasih PDRM! Sementara itu di dalam Mahkamah Terbuka Ucapan YBhg. Tan Sri Peguam Negara Sesi fotografi Ketua Hakim Negara bersama Hakim-Hakim Mahkamah Atasan Lagi suasana semasa perarakan OLY kali ini mencipta sejarah dengan penyertaan paling ramai dari para pegawai kehakiman dan peguam Perasmian Bas Mahkamah Bergerak Miri Gimik Tarian Singa selepas perasmian Mahkamah Bergerak p/s: Maaf, susunan gambar bukan dalam chronological order. p/ss: Klik di SINI jika anda berminat untuk menonton acara ini melalui Youtube.

OPENING LEGAL YEAR 2018

Imej
Assalamualaikum, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak sekali lagi meneruskan tradisi menyambut tahun baru dengan upacara Pembukaan Tahun Perundangan 2018 atau Opening of the Legal Year 2018 (OLY 2018) yang bertempat di daerah Miri, Sarawak pada 19 Januari 2018. Upacara ini diadakan pada setiap tahun dengan tuan rumah silih berganti di antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagai simbolik kepada seluruh warga kehakiman dan perundangan bagi meraikan tahun baharu. Upacara ini telah bermula sejak 17 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 2001 yang bermula di Mahkamah Tinggi Sandakan, Sabah. Buku Opening Legal Year 2018. Insya Allah ada masa saya akan digitize dan upload buku ini kemudian Sambutan tahun ini juga amat bermakna kerana ia dihadiri oleh 'Top Four' Badan Kehakiman, iaitu Ketua Hakim Negara, YAA Tun Md Raus Sharif; Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin; Hakim Besar Malaya, YAA Tan Sri Datuk Wira Ahmad Maarof; dan Hakim Besar Sabah dan Sarawa...